Cerita Auto

Honda Malaysia Sumbang Bantuan Banjir, Pelindung Muka Dan Komputer Riba

Honda Malaysia baru-baru ini menghulurkan bantuan kepada komuniti-komuniti yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan bencana banjir di beberapa buah negeri.

Di Pekan, Pahang, syarikat itu memberi sumbangan berupa kit keselamatan banjir kepada 500 buah keluarga yang menjadi mangsa banjir yang melanda negeri itu pada Januari lalu.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Sabah pula, sebanyak 1,000 pelindung muka diserahkan kepada pihak Hospital Queen Elizabeth untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Bukan itu sahaja, Honda Malaysia turut menyumbang komputer riba kepada empat buah sekolah menengah di Melaka. Komputer-komputer tersebut akan diberikan kepada pelajar yang datang dari keluarga berpendapatan rendah untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Perjuangan memerangi COVID-19 menjadi cabaran yang besar buat pelajar untuk mengikuti pelajaran mereka, terutamanya bagi yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.”

“Dengan norma baharu, pelajar tidak mempunyai pilihan selain mengikuti pembelajaran dalam talian. Perati seperti komputer menjadi keperluan bagi pelajar untuk menjalani pembelajaran jarak jauh dan ini telah menjejaskan pelajar yang mempunyai akses terhad kepada peranti. Kami berharap menerusi sumbangan ini pelajar akan mempunyai persekitaran pembelajaran yang lebih baik dan lebih bermotivasi untuk melanjutkan pelajaran,” tambah beliau.

Previous post

Kini Anda Boleh Langgan Subaru BRZ Dan WRX Dengan GoCar Subs

Next post

JPJ Menangguhkan Pembaharuan Cukai Jalan Di Pejabat Pos Di Seluruh Negara

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *