Motosikal / Lain Lain Roda

Honda CB650R, CBR650R Dipertingkatkan Untuk Tahun 2021

Diperkenalkan buat kali pertama pada 2019, Honda CB650R and CBR650R berjaya menarik perhatian pembeli dengan membawa identiti segar ke barisan model saiz pertengahan (middleweight). Untuk 2021, kedua-dua model berkenaan menerima naik taraf yang melibatkan kelengkapan serta penampilan.

Menurut Boon Siew Honda, kedua-dua CCB650R dan CBR650R kini dilengkapi dengan fork Showa Separate Function Big Piston (SFFBP) 41 mm untuk prestasi pengendalian yang lebih mantap.

Peredam pemisah tekanan di dalam satu tiub dan mekanisma gegelung di dalam tiub satu lagi memberikan prestasi redaman yang lebih tinggi, serta menjadikan ia lebih ringan. Penggunaan saiz piston lebih besar pula meningkatkan kawalan serta penyerapan.

Turut disertakan pada model tahun 2021 adalah soket USB Type-C yang terletak di bawah pelana bagi membolehkan penunggang mengecas telefon pintar mereka. Paparan LCD juga lebih segar dengan sudut LED dan saiz font baharu, sekaligus membolehkan mendapatkan informasi dengan lebih jelas dan mudah.

Seperti sebelum ini, kuasa dibekalkan oleh enjin 649 cc, DOHC 16 injap empat silinder sebaris yang menghasilkan 93 hp pada 12,000 rpm dan 63 Nm pada 8,500 rpm. Ia dipadankan dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang ditugaskan untuk mengekalkan tahap cengkaman pada roda belakang.

Sistem brek pula terdiri daripada cakera terapung berukuran 310 mm dengan angkup empat piston di hadapan, dan cakera 240 mm dengan angkup piston tunggal di belakang. ABS dwi-saluran memberikan keyakinan yang tinggi kepada penunggang apabila membrek.

Dijual pada harga RM43,499, CB650R boleh didapati dalam dua warna iaitu Candy Chromosphere Red dan Matte Gunpowder Black Metallic. Sementara itu, CBR650R yang berharga RM45,499 pula ditawarkan dalam warna Grand Prix Red dan Matte Gunpowder Black Metallic.

Previous post

Jaguar Land Rover: Jenama Mewah Paling Laku Menjelang 2030?

Next post

Mitsubishi Outlander Generasi Ke-4 Diperkenalkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *