Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Ford S-Max, Galaxy Kini Dengan Kuasa Hibrid

Ford telah melancarkan S-Max Hybrid dan Galaxy Hybrid untuk pasaran Eropah.

Kedua-dua MPV tersebut menggunakan trenkuasa hibrid yang sama, dengan enjin petrol 2.5-liter yang digandingkan dengan sebuah motor elektrik bagi menghasilkan 190 PS.

Tenaga untuk motor elektrik tersebut dibekalkan oleh pek bateri lithium-ion 1.1 kWj yang membolehkan pemanduan elektrik sepenuhnya untuk jangka masa yang pendek. Teknologi penjanaan semula digunakan untuk mengecas bateri tersebut semasa ‘coasting’ atau membrek.

Dari segi prestasi, S-Max Hybrid boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 9.8 saat, manakala Galaxy Hybrid melakukan pecutan yang sama dalam 10 saat. Kecekapan penggunaan bahan api bagi kedua-dua model adalah hampir sama iaitu 6.4 l/100 km bagi S-Max Hybrid dan 6.4-6.5 l/100 km bagi Galaxy Hybrid.

Kapasiti ruang but kedua-dua model tidak terjejas kerana sistem ekzos telah direka semula bagi membolehkan pek bateri tersebut diletakkan betul-betul di bawah lantai but. S-Max Hybrid menawarkan ruang but sebesar 285 hingga 2,200 liter, manakala Galaxy Hybrid pula 300 hingga 2,339 liter.

Antara kelengkapan standard yang disertakan termasuklah kluster instrumen digital 10 inci, ciri pelarasan elektrik pada tempat duduk hadapan, fungsi penyejuk/pemanas dan urut, serta modem FordPass Connect dengan Wifi yang boleh disambungkan kepada 10 peranti pada satu-satu masa.

Kedua-dua S-Max Hybrid dan Galaxy Hybrid dipasang di kilang pengeluaran Ford di Valencia, Sepanyol.

Previous post

BMW Group Financial Services Malaysia Membantu Mendorong Penerimagunaan Kerusi Kereta Kanak-Kanak di Malaysia.

Next post

E-skuter Ini Diinspirasikan Oleh Jentera MotoGP Ducati

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *