Motosikal / Lain Lain Roda

BMW R 18 Classic, S 1000 RR Kini Di Malaysia

BMW Motorrad Malaysia telah memperkenalkan dua penambahan baharu dalam barisan cruiser dan superbike mereka iaitu R 18 Classic dan S 1000 RR. Kedua-dua model boleh didapati di semua wakil pengedar BMW Motorrad di seluruh negara bermula hari ini (26 Februari).

Berikut adalah perincian ringkas kedua-dua model tersebut:

R 18 Classic (RM154,500)

  • Didatangkan dalam warna Black Storm Metallic
  • Menampilkan rekaan tangki minyak ‘tear drop’, header krom dan jalur pinstripe yang sama dengan R 18 First Edition
  • Kelengkapan standard termasuk lampu utama, kabus dan belakang LED, pelana pembonceng yang boleh ditanggalkan, cermin penghadang angin dan rim wire-spoke 16 inci
  • Kuasa membrek dibekalkan oleh cakera 300 mm berkembar dengan angkup empat piston pada bahagian hadapan
  • ABS, Automatic Stability Control (ASC), kawalan tork drag enjin (MSR), Dynamic Brake Control dan Cruise Control turut disertakan secara standard
  • Kuasa dibekalkan oleh enjin sejuka air/minyak berkapasiti 1,802cc, dua silinder empat lejang yang menghasilkan 91 hp dan 158 Nm
  • Mempunyai kelajuan maksimum 180 km/j dan bacaan penggunaan bahan api 5.6 l/100 km
  • Kuasa disalurkan oleh transmisi enam kelajuan dengan klac anti-hopping
  • Boleh didapati dengan pelbagai aksesori BMW Motorrad

S 1000 RR (RM121,500)

  • Kini didatangkan standard dengan pakej BMW M
  • Terdapat tiga skema warna: Hockenheim Silver, Blackstorm Metallic, dan Light White/Racing Blue Metallic/Racing Red
  • Enjin 999 cc empat silinder menghasilkan 207 hp dan 113 Nm
  • Teknologi BMW ShiftCam mengubah pemasaan injap titanium dan lejang injap pada bahagian intake
  • Mempunyai mod tunggangan Rain, Road, Dynamic, Race dan Pro
  • Dynamic Damping Control (DCC), Hill Start Control and HP Shift Assistant Pro juga standard
  • Skrin TFT 6.5 inci dengan Connectivity memberikan paparan yang boleh dikonfigurasikan, serta ciri pemain muzik dan panggilan
  • Penunggang boleh mendapatkan akses ke statistik tunggangan dengan aplikasi BMW Motorrad Connected
  • Akesori yang ditawarkan termasuk perehat kaki karbon, tuil brek dan klac M, M Datalogger dan M Laptrigger, pelana M, serta bag tangki
Previous post

Proton X50 Hentam Kancil Berhampiran Tol Jambatan Pulau Pinang

Next post

Fiat Melaporkan Jualan Yang Kukuh Untuk Kereta Panda Dan 500 Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *