AutonomiTrak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Bas Awam Berautonomi Di Malaga Sepanyol Sedang Menjalani Percubaan

Bas ini juga kenderaan berkuasa elektrik penuh.

Sepanyol kini memimpin seluruh dunia dengan bas awam berautonomi dan juga berkuasa elektrik sepenuhnya. Dilancarkan hujung minggu lalu di bandar Malaga, bas tanpa pemandu ini adalah yang pertama seumpamanya di Eropah (beroperasi di jalan raya awam).

Dilengkapi dengan sensor dan kamera, bas elektrik 100 peratus ini, yang mula beroperasi pada hari Sabtu lepas, menghubungkan pelabuhan ke pusat bandar Andalusia ini. Bas akan berjalan sepanjang lapan kilometer dan ini dilakukan hanya enam kali sehari buat masa ini.

“Bas itu tahu di mana ia berada setiap masa, apa yang ada di sekelilingnya,” kata Rafael Durban Carmona, pengarah bahagian selatan syarikat bus Avanza, konsortium awam-swasta.

Autonomous EV Bus On Trial In Malaga Spain

Ia secara khusus dapat ‘berinteraksi dengan lampu isyarat’ kerana ia mempunyai sensor yang dapat bertindak balas terhadap lampu isyarat ketika mereka menyala merah atau hijau.

Bas ini juga merangkumi alat artificial intelligence (AI) yang membolehkannya meningkatkan ‘keputusan’ berdasarkan data yang direkodkan di sepanjang laluan.

Kenderaan itu, yang dibangunkan oleh syarikat Sepanyol Irizar, nampak seperti bas bandar klasik: panjangnya dua belas meter dan boleh membawa 60 penumpang.

Projek perintis lain untuk kenderaan autonomi sudah ada di Eropah, Perancis atau Estonia misalnya, tetapi ia tidak berkaitan dengan bas bandar bersaiz klasik yang beroperasi di jalan-jalan yang terbuka untuk kenderaan lain.

Oleh kerana undang-undang Sepanyol tidak mengizinkan penggunaan kenderaan tanpa pemandu, seorang pemandu duduk di tempat biasanya, tetapi dia tidak menyentuh stereng atau pedal, kecuali sedikit untuk membetulkan trajectory, ketika mendekati ‘bulatan misalnya . Sekiranya berlaku masalah, pemandu boleh mengambil alih kembali kawalan pada bila-bila masa.

Projek ini telah mendapat dana dari kerajaan Sepanyol dan kerjasama beberapa universiti.

Di luar Eropah, Singapura mula menguji operasi komersial bas autonomi pada akhir Januari, sementara di China teksi autonomi seperti program oleh Didi Chuxing sedang diuji di beberapa bandar.

Di Amerika Syarikat, Waymo (anak syarikat Google) akan menguji teksi robot tanpa pemandu di San Francisco, yang sudah beroperasi di Arizona sejak 2017.

Tentang Bas Irizar ie

Generasi baru bas Irizar ie 12-meter dipersembahkan untuk pertama kalinya di pameran perdagangan Busworld 2019. Sebuah bas elektrik 100 peratus tanpa pelepasan yang menawarkan penyelesaian mobiliti bandar yang berkekalan dan eko-efisien untuk bertindak balas terhadap keperluan semasa dan masa depan pengangkutan bandar.

Tambahan kepada reka bentuk estetiknya yang menarik, generasi baharu ini, tersedia dalam versi 10, 12, 15 dan 18 meter, menggabungkan inovasi dan bateri baharu. Ruang telah dioptimumkan sehingga menawarkan kapasiti penumpang yang lebih ramai dan modulariti yang lebih besar.

Generasi baharu bateri yang lebih cekap digabungkan dengan sistem brek regeneratif, yang mengurangkan penggunaan dan menawarkan jarak kenderaan yang lebih jauh.

Bas Irizar ie baharu boleh mempunyai hingga lima kedudukan titik pengecasan perlahan yang boleh beroperasi menggunakan combo 2 connector.

Pengecasan perlahan kenderaan mengambil masa 3 jam. Terdapat juga pilihan pengisian laju melalui pantograph.

Previous post

Ferrari Sertai Era Le Mans Hypercar

Next post

Gambar Spy Aksesori GearUp Perodua Ativa Tular Di Media Sosial

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *