Berita Auto

Aston Martin Kuala Lumpur Lancar DB11 V8 – Magnetic Silver

Selepas DBX – Intrepid Aura dan DBS Pentland Green, Aston Martin Kuala Lumpur kini memperkenalkan satu lagi model custom istimewa. Kali ini, ia merupakan model DB11 V8 Coupe yang menampilkan warna luaran ikonik Magnetic Silver bersama dengan Exterior Black Pack yang merangkumi gril, muncung ekzos, bumbung, splitter, diffuser dan skirt sisi berwarna hitam.

Sementara itu, ruang dalamannya pula menampilkan jahitan quilting Nexus dan Nexus Perforation sebagai sebahagian daripada Luxury Pack. Turut disertakan adalah Technology Pack yang merangkumi Auto Park Assist, perehat tangan berkuasa, kawalan pad sentuh dan sistem audio premium Aston Martin.

Jika itu tidak mencukupi, Aston Martin Kuala Lumpur turut menyertakan pelbagai kelengkapan yang sebelum ini ditawarkan secara opsyen. Ini termasuk lampu belakang ‘smoked’, rim Y-spoke hitam berkilat berukuran 20 inci, tali pinggang keledar berwarna merah Spice Red, sulaman logo Aston Martin pada perehat kepala, trim krom gelap serta kemasan karbon.

Di bawah hud DB11 V8 ini, sebuah enjin AMG 4.0-liter twin-turbo V8 menghasilkan 503 hp dan 675 Nm. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang menggerakkan roda belakang, supercar ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam empat saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 301 km/j.

DB11 V8 – Magnetic Silver ditawarkan pada harga RM849,200, iaitu RM71,200 lebih tinggi berbanding versi standard. Ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun dengan jaminan lanjutan percuma selama 24 bulan dan servis berjadual selama lima tahun.

Previous post

Captur Renault Gen Ke-2 Datang Dalam Trim R.S. Line Untuk 2021

Next post

Citroën C3 Aircross Dapat Facelift Tetapi Tidak Lagi Dijual Di Sini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *