Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Volvo Tingkatkan Kapasiti Pengeluaran EV Tiga Kali Ganda

Permintaan untuk model elektrik pertama Volvo iaitu XC40 Recharge telah melebihi jangkaan sejak ia dilancarkan pada tahun lalu. Oleh itu, Volvo Cars telah memutuskan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak tiga kali ganda di kilangnya di Ghent, Belgium.

Kilang tersebut pada masa ini mengeluarkan XC40 Recharge dan versi hibrid plug-in model yang sama, dan kini sedang dalam persiapan untuk penghasilan model elektrik sepenuhnya Volvo yang kedua. Turut menggunakan platform CMA, model tersebut dijangka diperkenalkan pada Mac tahun ini.

“Masa depan kami adalah elektrik dan pelanggan jelas menyukai apa yang mereka lihat pada model Recharge kami,” kata Javier Varela, ketua operasi industri dan kualiti global.

Volvo berkata bahawa ia mensasarkan untuk meningkatkan kapasiti kereta elektrik di kilang Ghent kepada 60% daripada kapasiti pengeluaran keseluruhan kilang itu menjelang 2022. Pengeluar kenderaan dari Sweden itu juga merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran kenderaan elektrik di kilang-kilangnya yang lain di seluruh dunia.

Komitmen Volvo untuk menjadi pengeluar kenderaan elektrik premium terkemuka bukanlah satu rahsia. Dalam tahun-tahun mendatang, Volvo akan melancarkan beberapa lagi kereta elektrik baharu dan menjelang 2025, syarikat itu mensasarkan agar 50% daripada jualan globalnya terdiri daripada kereta elektrik dan selebihnya adalah hibrid.

Previous post

Syarikat EV Milik Cina Ini Berkembang Ke Eropah

Next post

Mazda Berjaya Meningkatkan Jualan Di Amerika Syarikat Tahun Lalu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *