Cerita Auto

UMW Toyota Buka Tempahan Innova Facelift

Selain Fortuner, UMW Toyota Motor turut membuka tempahan untuk Innova yang telah dinaik taraf dari segi penggayaan, kelengkapan dan sistem keselamatan.

Untuk 2021, Innova ditawarkan dalam tiga varian seperti berikut:

  • Toyota Innova 2.0X – Dari RM129,677
  • Toyota Innova 2.0G – Dari RM121,483
  • Toyota Innova 2.0 E – Dari RM111,622

Enam pilihan warna ditawarkan iaitu Medium Silver Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown, Silver Metallic, Super White II dan Bronze Mica Metallic (baru). Warna Crimson Spark Red Metallic pula hanya untuk Innova 2.0X.

Innova kini tampil dengan kemasan hitam dan krom pada gril, manakala perumah cermin sisi menerima penyudah krom dan lampu isyarat membelok (varian 2.0G dan 2.0X sahaja).

Sebagai varian teratas, Innova 2.0X mendapat kemasan lengkuk tayar dan sisi badan, manakala skirting, spoiler bumbung dan rim aloi 17 inci dengan kemasan Dark Mica Metallic memberikannya imej yang lebih sporty.

Di dalam, varian 2.0X dan 2.0G dilengkapi dengan skrin sentuh 9 inci berserta Panoramic View Monitor (PVM) dengan paparan 3D yang memberikan sudut pandangan yang lebih jelas kepada pemandu.

Atas permintaan pelanggan, Toyota juga telah menambah lebih banyak port pengecasan pantas iaitu dua pada papan pemuka dan juga untuk kerusi barisan kedua dan ketiga. Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan pelantar pengecas tanpa wayar pada konsol tengah ketika membuat tempahan.

Seperti yang dikatakan, ciri keselamatan juga telah ditambah baik pada model facelift ini. Varian 2.0X dan 2.0G kini mendapat Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA), manakala tujuh beg udara, ABS dengan Electronic Brakeforce Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA) serta Vehicle Stability Control (VSC) dengan Traction Control (TRC), Emergency Stop Signal (ESS) dan Hill-start Assist Control (HAC) disertakan secara standard pada semua varian.

Turut disertakan adalah Toyota Vehicle Telematics System (VTS) yang boleh mengesan pergerakan kenderaan menggunakan teknologi GPS dan GSM. Sekiranya kenderaan dicuri, VTS Command Centre boleh mengesan lokasi kenderaan dan memaklumkan pihak berkuasa untuk mendapatkannya semula dalam masa yang singkat.

Previous post

Toyota Fortuner Facelift Dibuka Untuk Tempahan - Dari RM172,244

Next post

Nissan Akan Lebih Menumpukan Usaha Kepada Pasaran Amerika, Cina Dan Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *