Berita Auto

Penapis ‘Kurumaku’ Keluaran Honda Mampu Lawan Koronavirus

Jika anda masih ingat, Geely merupakan antara pengeluar kenderaan yang terawal bertindak memerangi penularan wabak COVID-19 dengan menawarkan penapis udara N95 (IAPS) pada kenderaan keluaran mereka, termasuk pada Proton X70.

Kini, giliran Honda pula untuk memperkenalkan penapis udara mereka sendiri. Dikenali sebagai Kurumaku, ia dilihat lebih efektif untuk melawan koronavirus berbanding penapis udara N95 Geely.

Ini kerana Kurumaku mempunyai permukaan khas yang boleh menghapuskan virus yang berlegar di dalam ruang kabin. Teknologi ini menggunakan rawatan penukaran kimia zink fosfat yang turut digunakan untuk mengelakkan karat pada kenderaan.

Menurut Honda, Kurumaku boleh menghapuskan 99.8 peratus titisan virus yang berlegar di dalam kabin kereta dalam tempoh 15 minit selepas sistem pengedaran udara dihidupkan. Sementara itu, virus pada permukaan pula dihapuskan dalam masa 24 jam.

Model pertama yang akan menerima penapis ini adalah N-Box. Ia akan ditawarkan pada model-model JDM lain sebagai aksesori tulen pada harga 6,400 yen (kira-kira RM250).

Diharapkan agar pihak Honda Malaysia dapat segera menawarkan Kurumaku pada model-model Honda yang dipasang di kilang pengeluaran mereka di Pegoh, Melaka.

Previous post

Proton Jual 109,716 Unit Kenderaan Pada 2020, Naik 8.8% Berbanding 2019

Next post

Toyota Fortuner Facelift Dibuka Untuk Tempahan - Dari RM172,244

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *