Berita Auto

Mitsubishi Outlander Diperkenalkan Sepenuhnya 16 Februari

Mitsubishi telah menyiarkan video teaser Outlander generasi keempat yang akan didedahkan sepenuhnya pada 16 Februari depan. Video pendek berdurasi 16 saat itu menunjukkan SUV itu menjalani ujian dinamik di atas permukaan yang mencabar dan juga di litar ujian.

Dengan slogan ‘Tested to be Tough’, Outlander dilihat mampu mengharungi jalan berlumpur dan bersalji, serta meredah air tanpa sebarang masalah. Ini sesuatu yang sudah boleh dijangka kerana Outlander dilengkapi dengan sistem Super All-Wheel Control (S-AWC) terbaru yang mempunyai ciri pembahagian tork, pemvektoran tork serta kawalan brek bagi keempat-empat roda.

Menurut ketua jurutera Outlander Kentaro Honda, SUV itu juga dilengkapi dengan pemilih mod pemanduan baharu bagi memberikan keyakinan kepada pemandu dalam apa jua keadaan dan cuaca.

Dari segi penampilan, model ini bakal hadir dengan Dynamic Shield versi terbaru yang dengan lampu utama yang menggunakan rekaan bertingkat seperti Hyundai Santa Fe. Lampu belakang juga dilihat lebih langsing dan tajam. Tambah Mitsubishi lagi, Outlander baharu akan tampil lebih “besar dan berani” berbanding model-model terdahulu.

Previous post

Lotus Akan Tamatkan Pengeluaran Elise, Exige dan Evora

Next post

Panduan Untuk Membeli Ford Mustang Terpakai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *