Bisnes

Honda Kekal Sebagai Jenama Bukan Nasional No.1 Di Malaysia

Honda Malaysia hari ini mengumumkan jumlah jualan keseluruhan mereka bagi 2020 iaitu 60,469 unit, sekaligus mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu segmen bukan nasional buat tahun keenam berturut-turut.

Menurut syarikat itu, pencapaian yang memberangsangkan itu disumbangkan oleh City yang mencatat 34% daripada jumlah jualan keseluruhan, diikuti oleh Civic dengan 20% dan HR-V dengan 17%.

Dilancarkan pada Oktober tahun lalu, City generasi kelima menerima sambutan positif daripada pembeli apabila terjual lebih 5,500 unit pada bulan lalu. Setakat ini, Honda Malaysia telah menerima lebih 15,200 unit tempahan untuk model tersebut dan kira-kira 10,800 unit telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia antara Oktober dan Disember 2020.

Daripada tiga varian yang ditawarkan, City V muncul sebagai varian paling popular apabila menyumbang 52% daripada jumlah jualan keseluruhan model itu. Wilayah tengah Semenanjung Malaysia menunjukkan permintaan paling tinggi dengan pecahan jualan keseluruhan 48%, diikuti wilayah selatan dengan 19% dan utara dengan 18%. Untuk warna pula, 26% daripada pembeli City memilih warna Platinum White Pearl.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama berkata, “Tahun 2020 mungkin mencabar namun kami berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional untuk tahun keenam berturut-turut dengan 60,469 unit terjual dan untuk itu, kami sangat terharu dengan sokongan yang diterima.”

“Kami berterima kasih kepada kerajaan Malaysia untuk pelanjutan pengecualian cukai jualan hingga 30 Jun 2021 yang membolehkan ramai rakyat Malaysia membeli kenderaan dengan lebih penjimatan. Memasuki tahun 2021, kami akan terus menyokong usaha kerajaan untuk mencegah pandemik yang masih lagi aktif di seluruh negara.” tambah beliau.

Previous post

Kategori Lesen Motosikal 70cc Baharu Untuk Belia Dalam Perbincangan

Next post

Apa Yang Perlu Dilakukan Tentang Kereta Kerosakan Banjir Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *