Motosikal / Lain Lain Roda

Honda EX5 Edisi Ulang Tahun Ke-35 Dilancarkan

Honda EX5 sentiasa mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana ia bukan sahaja mampu dimiliki oleh setiap golongan, malah mampu bertahan lama walaupun digunakan dengan lasak.

Sedar tak sedar, sudah 35 tahun berlalu sejak model ini diperkenalkan buat pertama kali. Bagi meraikan ulang tahunnya, Boon Siew Honda telah melancarkan model edisi khas yang didatangkan dengan logo khas dan pelekat yang menarik.

Seperti versi standard, EX5 edisi ulang tahun ini ditawarkan dengan pilihan rim lidi atau rim tetuang (cast wheel), masing-masing boleh didapati dalam dua warna iaitu Euphoria Red Metallic dan Pearl Nightfall Blue.

Kuasa dibekalkan oleh enjin 110 cc silinder tunggal yang menghasilkan 8.54 hp pada 7,500 rpm dan 8.62 Nm pada 5,500 rpm. Enjin ini dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api PGM-Fi yang menyumbang kepada emisi rendah dan penjimatan bahan api.

Harga bermula dari RM4,783 untuk versi rim lidi dan RM5,009 untuk versi rim tetuang. Boon Siew Honda menawarkan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km.

Previous post

Ultraviolette F77 - Satu Lagi Motosikal Elektrik Dari India

Next post

Geely & Foxconn Berpakat Untuk Kontrak Pembuatan EV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *