Berita Auto

2 Unit Lamborghini Sian Mendarat Di London

Diperkenalkan buat pertama kali pada September 2019, Sian adalah antara model paling ‘rare’ pernah dihasilkan Lamborghini dengan pengeluaran yang diterhadkan kepada 63 unit sahaja.

Daripada jumlah tersebut, tiga unit diperuntukkan untuk pasaran United Kingdom dan dua daripadanya baru sahaja disampaikan kepada pemilik masing-masing di London.

Setiap Sian yang dihasilkan akan dikustomkan menerusi divisyen Lamborghini Ad Personam. Seperti yang boleh dilihat, kedua-dua jentera ini mempunyai penampilan yang jauh berbeza yang melambangkan personaliti pemiliknya.

Unit yang berwarna terang ini menampilkan Grigio Nimbus dengan aksen Rosso Mars dan kemasan gentian karbon terdedah pada bahagian bumbung. Bahagian dalamannya pula berwarna Neo Ade yang dikontraskan dengan aksen Rosso Alala.

Sementara itu, unit yang satu lagi didatangkan dalam warna Nero Helene dengan elemen gentian karbon pada bahagian bonet, lampu dan penutup enjin. Ia juga mempunyai perincian berwarna Oro Electrum pada rim. Gabungan warna yang sama juga ditampilkan pada ruang dalaman.

Sian merupakan supercar hibrid pertama Lamborghini. Ia dikuasakan oleh enjin 6.5-liter V12 yang dibantu oleh sebuah motor elektrik 48-volt. Dengan 819 hp, ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 2.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum melebihi 350 km/j.

Tidak seperti kebanyakan kereta hibrid dan elektrik yang menggunakan bateri lithium-ion, Sian mempunyai superkapasitor yang dikatakan tiga kali lebih berkuasa berbanding bateri yang sama berat dan tiga kali lebih ringan berbanding bateri dengan jumlah kuasa yang sama.

Previous post

Model MINI 3-Pintu, 5-Pintu Dan Convertible Diubah Semula Untuk 2022

Next post

Ferrari F430 Scuderia Terbakar Di Lebuhraya Kulim

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *