Berita Auto

UMW Toyota Panggil Semula 12,997 Unit Hilux dan Fortuner

Adakah anda seorang pemilik Toyota Hilux atau Fortuner? Jika ya, sila teruskan membaca kerana UMW Toyota Motor telah mengumumkan kempen panggilan semula untuk 11,571 unit Hilux dan 1,426 unit Fortuner yang dipasang antara Julai 2018 dan Januari 2019.

Menurut UMW Toyota, panggilan semula ini dibuat berikutan isu berkaitan omboh resin di dalam ‘brake booster’ yang mungkin akan menjejaskan prestasi brek kedua-dua model tersebut.

Ia dilakukan selaras dengan maklumat yang diterima dari Toyota Motor Corporation. Model-model lain yang tidak tersenarai tidak terlibat dengan kempen ini.

Para pemilik yang terlibat akan dimakluman menerusi surat pemberitahuan dan penggantian komponen yang terjejas akan dilakukan secara percuma. Untuk maklumat lanjut, hubungi pusat servis Toyota yang berdekatan atau hubungi 1800-8-TOYOTA (869682)

Previous post

Yamaha NMax Baharu Dilancarkan di Malaysia

Next post

Outlander PHEV Kini Di Thailand, Malaysia Melepas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *