Berita Auto

Dari Litar Lumba ke Jalan Raya – Toyota Vios GR-S Dilancarkan

UMW Toyota (UMWT) membuat kejutan hari ini apabila melancarkan Toyota Vios GR-S yang diilhamkan dari siri perlumbaan Vios Challenge. Dibangunkan di Malaysia, model ini memakai lencana Gazoo Racing Sport dan merupakan model pertama seumpamanya yang dipasang di kilang UMWT di Bukit Raja, Klang.

Vios GR-S menampilkan aerokit agresif yang terdiri daripada bentuk bampar depan yang mirip GR Yaris, bampar belakang lengkap dengan diffuser, spoiler hitam serta skirting sisi dan cermin sisi yang juga dihitamkan. Ia kelihatan lebih mantap dengan rim aloi 17 inci yang dibalut tayar Toyo bersaiz 205/45R17 dan sistem suspensi sport. Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu Platinum White Pearl dan Red Mica Metallic.

Di dalam, logo GR ditampilkan pada perehat kepala, butang penghidup enjin, pengalas kaki dan skrin 4.2 inci, manakala panel meter Optitron datang dengan jarum merah, sekaligus memberikan model ini penampilan yang lebih sporty dan unik. Kerusi pula dibalut upholsteri kulit dengan jahitan merah, begitu juga dengan tombol gear dan stereng.

Di bawah hud, Vios GR-S masih dikuasakan oleh enjin 1.5-liter empat silinder dengan 105 hp/140 Nm dan kotak gear CVT yang memacu roda hadapan. Namun, unit CVT tersebut kini mempunyai 10 kelajuan bagi mengekalkan bacaan RPM yang tinggi, sekaligus memberikan respon pendikit yang lebih baik. Selain itu, terdapat juga mod Sport dan paddle shifter untuk pemanduan yang lebih mengujakan.

“Ini sebuah model yang sangat istimewa diatas beberapa sebab: ia dibangunkan di Malaysia, ia diilhamkan oleh kejayaan perlumbaan Vios Challenge dan selebihnya, ia juga menepati semua kriteria yang ingin diwakili oleh jenama GR sebelum layak menyarung lencana GR yang digunakannya ini,” ujar Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd dan Ketua Pegawai Sukan Permotoran Gazoo Racing Malaysia, Akio Takeyama.

Pakej Vios GR-S ditawarkan pada harga RM7,700 dan boleh didapati secara eksklusif dari semua cawangan GR Garage dan pengedar Toyota yang ikut serta di dalam Vios Challenge.

Previous post

Tidak Kurang 8 Kenderaan Elektrik Sepenuhnya Dari Mercedes Menjelang 2022

Next post

Toyota GR Yaris Kini Di Malaysia - 200 Unit Sahaja Untuk Direbut!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *