Berita Auto

Subaru Levorg Menang Anugerah Kereta Tahunan Jepun 2020-2021

Subaru Levorg telah dinobat sebagai Kereta Tahunan Jepun bagi 2020-2021. Model wagon itu mengalahkan Honda Jazz/Fit dengan jurang yang lebar iaitu 117 mata dan Toyota Yaris/Yaris Cross/GR Yaris dengan perbezaan 137 mata.

Sementara itu, tangga keempat hingga ke-10 diduduki oleh Peugeot 208/e-208, Land Rover Defender, Audi e-tron Sportback, Mazda MX-30, Alpina B3, BMW 2 Series Gran Coupe dan Nissan Kicks.

Diperkenalkan pada Ogos tahun ini, Levorg generasi kedua menampilkan penggayaan agresif yang mirip dengan Levorg Prototype STI Sport yang membuat kemunculan di Tokyo Auto Show 2020.

Selain itu, model itu juga dibina di atas platform Subaru Global Platform (SGP) serba baharu. Hasilnya, ia mempunyai dimensi yang lebih besar dengan ukuran panjang yang bertambah sebanyak 65 mm kepada 4,755 mm, dan ukuran jarak roda (wheelbase) yang bertambah sebanyak 20 mm kepada 2,670 mm.

Di bawah hud, terdapat enjin boxer 1.8-liter empat silinder baharu yang menghasilkan 177 PS dari 5,200 hingga 5,600 rpm dan 300 Nm dari 1,600 hingga 3,600 rpm. Kuasa disalurkan menerusi kotak gear Lineartronic CVT yang mempunyai 80% komponen baharu dan nisbah gear yang lebih lebar.

Previous post

Audi A3 Sportback 45 TFSI e Dilancarkan di Jerman

Next post

Genesis GV70 Dilancarkan Secara Rasmi - Apa Yang Kita Boleh Harapkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *