Hibrid & Elektrik

Robot Pengecas Mudah Alih Volkswagen Mudahkan Pengguna EV

Penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang semakin meluas menandakan bahawa industri automotif dunia semakin maju. Namun pada masa yang sama, infrastruktur pengecasan juga perlu berkembang seiring bagi memastikan pengguna mendapat manfaat sepenuhnya dan EV terus mendapat tempat di hati mereka.

Bagi mencapai tujuan itu, Volkswagen telah memperlihatkan prototaip robot pengecas mudah alihnya yang direka khas untuk menyediakan perkhidmatan pengecasan di kawasan yang mempunyai akses terhad seperti ruang parkir bawah tanah. Ia secara asasnya adalah kesinambungan kepada robot pengecas yang diumumkan pada tahun lalu.

Menurut Volkswagen, robot ini boleh diaktifkan dengan menggunakan aplikasi atau sistem komunikasi Car-to-X. Ia kemudiannya akan bergerak secara sendiri ke kenderaan terbabit dan memulakan proses pengecasan. Pendek kata, keseluruhan proses pengecasan akan dilakukan tanpa sebarang penglibatan manusia.

Robot ini juga boleh mengecas beberapa kenderaan pada satu-satu masa dengan membawa ‘treler’ yang sebenarnya merupakan unit penyuimpanan tenaga mudah alih. Setelah selesai proses pengecasan, ia akan menghantar semula treler tersebut ke stesen pengecasan pusat.

Buat masa ini, robot pengecas ini masih dalam fasa prototaip namun menurut Volkswagen, ia akan dikembangkan secara lebih komprehensif bagi tujuan pemasaran.

Previous post

BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition Dilancarkan

Next post

Daihatsu Perkenal Barisan Tokyo Auto Salon 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *