Berita Auto

Proton Serah 8 Unit X70 Bantu KKM Perangi COVID-19 di Sabah

Proton baru-baru ini telah menyerahkan lapan unit Proton X70 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sabah. Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu akan digunakan untuk operasi logistik dan pengawasan dalam usaha pembasmian COVID-19 di negeri itu. Upacara penyerahan telah diadakan di cawangan Proton 4S Fook Loi Corporation di Kota Kinabalu.

Proton telah memberi sokongan kepada usaha KKM untuk membasmi COVID-19 sepanjang tahun ini. Penyerahan lapan unit X70 ke KKM Sabah adalah sebagai tambahan kepada 50 unit model sama yang telah dipinjamkan ke Kementerian di permulaan pandemik pada bulan Mac.

“Pandemik COVID-19 mungkin salah satu cabaran paling sukar yang pernah dihadapi dalam Negara kita. Sebagai jenama Malaysia, Proton wajib menyokong usaha pihak kerajaan dan oleh itu, kami telah memberi bantuan dari awal lagi,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar.

Menurut Roslan lagi, X70 yang diserahkan akan digunakan untuk pergerakan ahli perubatan seperti doktor, jururawat dan pegawai KKM ke kawasan di mana mereka diperlukan. Ini memandangkan operasi logistik di Sabah lebih sukar berbanding di Semenanjung Malaysia.

“Kami berharap bahawa sumbangan ini akan tolong meringankan beban barisan hadapan perubatan di Sabah,” tambah beliau.

Selain daripada meminjamkan kenderaan, Proton juga telah menghasilkan 60,000 unit pelindung muka pada bulan April di kilangnya di Shah Alam. Pelindung muka itu telah diagihkan ke hospital kerajaan dan petugas barisan hadapan seperti pihak polis dan angkatan tentera.

Previous post

McLaren Senna XP 'Master of Monaco' Milik Post Malone Untuk Dijual

Next post

Apa Yang Akan Dilancarkan UMW Toyota Motor 17 Disember Nanti?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *