Berita Auto

Prebiu Hyundai Elantra Generasi Ke 7

Tanggapan awal, pandang pertama, Elantra semua baharu ini lain dari yang lain. Reka bentuknya agak berani menggunakan bentuk segitiga yang biasanya pantang digunakan dalam reka bentuk kenderaan.

Dalam satu perkataan, “TAJAM”, hasil dari bahasa reka bentuk tersendiri Hyundai yang dinamakan ‘PARAMETRIC DYNAMICS’.

Kalau anda konservatif ianya mungkin agak menonjol dan over, tetapi jika anda trendi, muda di hati, ianya amat menarik sekali.

Sudah dijangka kerana Elantra baharu ini direka untuk pemilik kereta generasi baharu yang berani tampil ke hadapan, lain dari yang lain, sporty, trendy, selalu menuju puncak.

Elantra generasi ke-7 yang baharu sepenuhnya dijadualkan untuk dilancarkan sebelum akhir tahun ini. Harga masih belum di umumkan tetapi ianya dijangka akan melebihi harga Elantra semasa (RM109,888 – RM124,088) kerana ciri-ciri baharu, istimewa dan premiumnya.

Antara Ciri-Ciri Yang Menarik

Depan

  • Headlight LED
  • Gril reka bentuk Parametric Jewel
  • Lobang air curtain (tidak ada lampu kabus)

Tepi

  • Penampilan gaya fastback
  • Permukaan Parametric Jewel
  • Rim Aloi 17 inci

Belakang

  • Lampu belakang berkombinasi
  • Lampu ekor berbentuk huruf ‘H’

Dalam

  • Kerusi pemandu pelarasan elektrik
  • Kerusi depan berventilasi dan dengan pemanas
  • Pemegang cawan boleh dilaras

Pemandu akan terasa seperti dalam kokpit kapalterbang kerana reka bentuk kerusi, pintu pemandu, konsol tengah, stereng, warnanya, menyelubung anda seperti dalam kepompong.

Skema warna dalamannya membezakan pemandu dan penumpang. Dua tona. Warna pintu depan belakang kanan (cerah) lain dari warna pintu depan belakang kiri (gelap).

Prestasi

  • 3 mod pemanduan: 1. Mod Normal/Smart 2. Mod Eco 3. Mod Sport
  • Enjin: 1. Smartstream G1.6 2. Smartstream IVT, 8 Virtual Speed
  • Kuasa maksimum: 123 PS / 6,300 rpm
  • Tork maksimum: 154 Nm / 4,500 rpm

Keselamatan

  • K-platform generasi 3
  • 6 beg udara
  • ABS (Antilock Braking System)
  • BAS (Brake Assist System)
  • EBD (Electronic Brake Force Distribution)
  • TCS (Traction Control System)
  • ESC (Electronic Stability Control)
  • VSM (Vehicle Stability Management)
  • HAC (Hill-start Assist Control)

SmartSense™

  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Smart Cruise Control (SCC) dengan Stop & Go
  • Forward Collision Avoidance Assist (FCA) (Vehicle,Pedestrian,Cyclist)
  • Forward Collision-Avoidance Assist Junction FCA-JT
  • Blind spot Collision Avoidance Assist (BCA)
  • Driver Attention Warning (DAW) Leading Vehicle Departure Alert (LVDA)
  • Safe Exit Warning (SEW)
  • Rear Cross Traffic Collision – Avoidance Assist (RCCA)
  • Rear Occupant Alert (ROA)

Elantra baharu kini dibuka untuk tempahan dengan yuran tempahan RM777. Pelanggan boleh layari www.hyundai.com.my untuk maklumat lebih lanjut.

Previous post

MINI Bangunkan Model John Cooper Works Versi Elektrik

Next post

Vespa GTS 300 HPE Super Tech Tiba di Malaysia - RM33,300

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *