Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Porsche Taycan EV Terpantas di Road Atlanta

Nampaknya kenderaan elektrik pertama (EV) Porsche iaitu Taycan sedang sibuk mencatat rekod demi rekod. Setelah merangkul gelaran EV terpantas di Nurburgring tahun lalu dan melakukan aksi drift paling jauh baru-baru ini, Taycan kini muncul sebagai pemegang rekod EV paling laju di litar Michelin Raceway Road Atlanta.

Catatan masa 1 minit 33.88 saat itu dilakukan oleh pemandu profesional Leh Keen yang memandu sebuah Taycan Turbo S versi produksi. Terletak hanya beberapa minit dari ibu pejabat Porsche Cars North America, litar sepanjang 4.09 km itu terbukti mencabar dengan seksyen ‘S’ yang sukar, laluan lurus yang panjang serta perubahan ketinggian.

Menurut Porsche, jentera yang digunakan untuk catatan rekod itu menggunakan tayar Pirelli P Zero NF0 Elect standard kilang dengan ukuran 265/35-21 di hadapan dan 305/30-21 di belakang. Tekanan angin tayar pula ditetapkan pada 41 PSI.

Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri Rear Wheel Stereng dengan Power Steering Plus, sistem suspensi udara adapatif, Porsche Active Suspension Management, Porsche Torque Vectoring Plus dan sistem brek seramik komposit. Turut disertakan adalah Porsche Dynamic Chassis Control yang bertindak mengurangkan olengan badan ketika di selekoh.

Catatan masa pula dilakukan dan disahkan oleh pakar perolehan data kenderaan dan pemasaan iaitu Racelogic. Untuk percubaan ini, mereka menggunakan sistem VBOX Video HD2.

Previous post

Alfa Romeo Ucap Selamat Tinggal Kepada 4C Spider Dengan Model Edisi Khas

Next post

Kenapa Beli Homage Bila Anda Boleh Baik Pulih Sebuah Klasik?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *