Berita Auto

Lebih 1,700 Unit Honda CR-V Facelift Ditempah Setakat Ini

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tempahan Honda CR-V facelift menyaksikan peningkatan sebanyak 180% dalam tempoh sebulan selepas pelancarannya.

Menurut syarikat itu, SUV itu telah menerima lebih 1,700 unit tempahan setakat ini dengan varian 1.5L TC-P 2WD paling popular apabila menjadi pilihan 46% pelanggan dari jumlah keseluruhan tempahan.

Dari segi kawasan, 45% dari jumlah keseluruhan tempahan yang diterima datang dari bahagian tengah Semenanjung Malaysia, manakala 20% dan 19% disumbangkan oleh bahagian Selatan dan Utara.

Untuk warna pula, 30% daripada pelanggan yang menempah CR-V facelift memilih warna Dark Olive Metallic untuk SUV baharu mereka. Setakat ini, lebih 1,300 unit telah pun diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara. Honda Malaysia memberi jaminan bahawa CR-V akan diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh waktu yang telah ditetapkan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang dihargai atas kepercayaan dan sokongan mereka terhadap Honda Malaysia walaupun pada masa-masa yang mencabar ini.”

Previous post

3 Pemenang Car Of The Year Jepun Yang Mungkin Datang Ke Sini

Next post

Jaguar F-Type Heritage 60 Edition Rai Ulang Tahun E-Type

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *