Motosikal

Honda CBR250RR Kini di Malaysia – RM25,999

Setelah sekian lama, Honda CBR250RR akhirnya memasuki pasaran Malaysia secara rasmi. Jika anda masih ingat, model yang hangat diperkatakan ini telah dilancarkan di Indonesia empat tahun lalu.

Penawaran terbaru dari Boon Siew Honda ini bakal memberikan saingan kepada Yamaha YZF-R25 dan Kawasaki Ninja 250 dalam segmen 250 cc yang sengit.

Berikut adalah perkara-perkara yang anda perlu tahu tentang CBR250RR:

  • Dijual pada harga RM25,999 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran
  • Didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 km
  • Boleh didapati dalam dua skema warna menarik – Winning Red dan Matte Gunpowder Black Metallic
  • Dikuasakan oleh enjin 250 cc, silinder kembar selari, DOHC, lapan injap dengan 40 hp pada 13,000 rpm dan 25 Nm pada 11,000 rpm
  • Dilengkapi dengan transmisi enam kelajuan dengan ciri Quick Shifter dan klac Assist/Slipper
  • Mempunyai tiga mod tunggangan (Comfort, Sport dan Sport+) dan ciri Throttle-by-Wire
  • ABS dwi-saluran didatangkan secara standard
  • Sistem suspensi terdiri daripada fork terbalik pada bahagian hadapan dan monoshock Pro-Link pra-muatan lima tahap
  • Kelengkapan lain yang disertakan termasuklah sistem ekzos berkembar, lampu LED berkembar dan speedometer digital sepenuhnya
  • Boleh didapati di semua wakil pengedar Honda BigWing, Impian X dan Impian
Previous post

Hyundai Elantra Dinamakan Sebagai Finalis Anugerah Car Of The Year

Next post

Kenderaan Elektrik Mini Cooper SE Menangi Anugerah ‘Green Car’

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *