Produk

Goodyear Eagle F1 Sport Dilancarkan di Malaysia

Goodyear Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan tayar prestasi ultra tinggi Eagle F1 Sport mereka yang baharu. Tersedia di semua pusat AutoCare Goodyear di seluruh Malaysia, tayar baharu ini boleh didapati dalam 22 saiz antara 16 hingga 18 inci, dengan harga runcit antara RM294 hingga RM678 satu.

Berikut adalah senarai beberapa ciri-ciri menarik Eagle F1 Sport baharu:

  • Reka bentuk tapak Eagle Claw yang dilengkapi dengan blok bahu yang lebih kuat
  • Teknologi ActiveControl, tayar sentuhan bahu dimaksimumkan dan tahap kekakuannya ditingkatkan bagi memberikan kestabilan dan ketepatan stereng semasa berselekoh
  • Jalur penghalang kebisingan yang diperbuat dari getah dan diletakkan di antara lapisan dan pelapik untuk memberikan perjalanan yang lebih tenang dan lancar
  • Alur lateral sempit pada tayar yang mana dapat mengurangkan getaran dan bunyi bising untuk perjalanan yang selesa
  • Teknologi DynamicBraking Goodyear. Prestasi brek pada permukaan jalan basah dan kering
  • Bentuk rongga yang lebih baik memberikan jejak yang lebih luas untuk pengedaran hubungan dan tekanan yang lebih baik
  • Pelindung rim lebar membantu melindungi tayar dan rim dari kerosakan yang tidak disengajakan semasa bergerak dan parking

Siaran media mereka tersedia di bawah untuk maklumat lebih lanjut:

KENYATAAN MEDIA

Selepas pelancaran siri Eagle F1 tahun lalu, Goodyear Malaysia telah memperkukuhkan rangkaian tayar pretasi tinggi ultra (UHP) dengan rangkaian tayar lain di mana ianya telah dibangunkan dan menawarkan cengkaman yang lebih luar biasa sama ada dalam keadaan jalan raya kering ataupun basah.

Dikenali sebagai Eagle F1 Sport, ini merupakan pilihan tayar sport yang menyeronokkan dengan prestasi pengendalian dan brek yang baik, khas untuk kumpulan peminat tegar sukan permotoran yang bercita-cita tinggi. Ia didatangkan sehingga 22 jenis saiz dari 16 hingga 18 inci dan boleh dipasangkan pada kenderaan sport peringkat pertengahan, hingga kenderaan sedan sporty. Menyediakan pengalaman pemanduan yang  lebih sporty dan menyeronokkan, tayar ini dapat meningkatkan prestasi pemanduan harian dan menghasilkan peluang persembahan terbaik pada waktu puncak.  

Pilihan saiz
195/50R16 84V215/45R18 93W
205/45R16 87W225/40R18 92Y
205/50R16 91W225/45R18 95W
205/55R16 91W235/40R18 95W
205/45R17 88W235/45R18 98W
215/45R17 91Y245/40R18 93Y
215/50R17 91W255/35R18 94W
215/55R17 94V265/35R18 97W
225/45R17 94W 
225/50R17 98W 
225/55R17 101W 
235/45R17 94W 
245/40R17 95W 
245/45R17 95Y 

Tayar Eagle F1 Sport merupakan salah satu tayar berprestasi tinggi yang berpatutan dalam siri Eagle F1 Goodyear. Bagi pemilik kereta berprestasi, tayar ini ideal kerana mereka dapat menikmati prestasi pemanduan maksimum dari kenderaan mereka. Begitu juga dengan pemilik kereta sport yang mahukan pemanduan yang mengujakan, ianya memberikan prestasi pengendalian dan brek yang lebih baik. Khas buat peminat kenderaan, Eagle F1 Sport juga merupakan tayar yang sesuai untuk upsizing, kerana ia direka khas bagi meningkatkan tindak balas stereng dan pengendalian kering (dry handling). Selain itu, ia juga meningkatkan cengkaman semasa berselekoh dan memberikan penampilan yang lebih agresif pada kenderaan. Tayar sport mid-range ini menggabungkan teknologi inovatif Goodyear di trek perlumbaan dengan ketahanan dan keselesaan tayar jalan raya dan dalam masa yang sama menawarkan prestasi pengendalian dan brek yang cemerlang dalam keadaan cuaca yang berbeza. 

Pengarah Urusan Goodyear Malaysia berkata: “Rangkaian Eagle F1 adalah perwujudan sejarah sepanjang penglibatan Goodyear dalam arena perlumbaan. Dengan memperkenalkan Eagle F1 Sport, kami mensasarkan akan peningkatan kualiti pembuatan dan kemampuan teknologi Goodyear secara berterusan dari pasukan penyelidikan dan pembangunan kami, dengan menyediakan lebih banyak tayar berprestasi tinggi untuk pengguna jalan raya seharian, dengan harga yang kompetitif untuk rakyat Malaysia.”

Pengendalian yang Tepat dan Responsif

Setanding dengan semua tayar yang merupakan sebahagian daripada keluarga Goodyear UHP, Eagle F1 Sport menampilkan reka bentuk tapak Eagle Claw yang dilengkapi dengan blok bahu yang lebih kuat. Dilengkapi dengan Teknologi ActiveControl, tayar sentuhan bahu dimaksimumkan dan tahap kekakuannya ditingkatkan bagi memberikan kestabilan dan ketepatan stereng semasa berselekoh.

Prestasi yang Lebih Tenang

Menggunakan reka bentuk tapak yang unik, tayar ini dilengkapi dengan jalur penghalang kebisingan yang diperbuat dari getah dan diletakkan di antara lapisan dan pelapik untuk memberikan perjalanan yang lebih tenang dan lancar. Reka bentuk ini ditingkatkan dengan terdapatnya alur lateral sempit pada tayar yang mana dapat mengurangkan getaran dan bunyi bising untuk perjalanan yang selesa.

Prestasi Brek yang Unggul

Menambah ketepatan dan pengendalian Eagle F1 Sport adalah Teknologi DynamicBraking Goodyear. Prestasi brek pada permukaan jalan basah dan kering dapat ditingkatkan dengan adanya gabungan tapak Eagle Claw dan tapak silika tinggi yang dimuatkan dengan matriks polimer. Tambahan lagi, bentuk rongga yang lebih baik memberikan jejak yang lebih luas untuk pengedaran hubungan dan tekanan yang lebih baik.

Untuk melengkapinya, pelindung rim lebar boleh didapati dengan semua pilihan saiz Eagle F1 Sport, di mana tanpa sebarang kerisauan, ia membantu melindungi tayar dan rim dari kerosakan yang tidak disengajakan semasa bergerak dan parking.

Eagle F1, Dicipta untuk Perlumbaan

Selama 65 tahun, Goodyear kekal sebagai pembekal tayar eksklusif The National Association for Stock Car Auto Racing (NASCAR) di Amerika. Ini sebenarnya adalah salah satu hubungan pembekal paling lama dalam sejarah yang bukan sahaja untuk perlumbaan namun dalam industri sukan secara keseluruhan. Goodyear juga merupakan syarikat tayar pertama yang memenangi perlumbaan 368 Grand Prix pada tahun 1998 dan telah memperoleh 14 kemenangan secara keseluruhan untuk 24 Hours of Le Mans semenjak tahun 1966. Goodyear juga telah mengembangkan rangkaian tayar baharu untuk FIA World Endurance Championship (WEC), yang merupakan salah satu acara perlumbaan terbesar di dunia dan menjadi penaja tayar rasmi untuk 3 pasukan perlumbaan utama.

“Goodyear adalah bukan nama asing dalam kepentingan tayar dan seni persembahan. Dengan rangkaian Eagle F1, pengguna kami semestinya menjangkakan pengalaman menggunakan teknologi canggih yang dicipta untuk prestasi di litar lumba dan dipasang sesuai untuk penggunaan kereta harian bagi pemanduan di jalan raya. Kami akan terus berinovasi dan mengembangkan teknologi tayar canggih untuk sukan permotoran, jadi pengguna boleh menjangkakan produk yang lebih hebat dan tahan lasak yang akan dilancarkan pada masa akan datang,” Ng menyimpulkan.

Goodyear Eagle F1 Sport kini boleh didapati di semua pusat Goodyear Autocare di seluruh Malaysia dengan harga antara RM294 hingga RM678 untuk setiap tayar.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari halaman Goodyear Malaysia’s Eagle F1 di https://www.goodyear.com.my/eagle-f1/.

Previous post

NISMO Akan Memulihkan SEPENUHNYA GT-R R32 / R33 / R34 Anda Dengan Harga RM1.8 Juta

Next post

Aston Martin Perkenal DBX Bowmore Edition

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *