Berita Auto

Good Design Awards: Hyundai Motor Group Menang Besar

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Hyundai Motor Group (HMG) menunjukkan bahawa mereka sudah semakin maju terutamanya dalam aspek reka bentuk kenderaan. Usaha mereka terbukti membuahkan hasil apabila ketiga-tiga jenama di bawah HMG iaitu Kia, Hyundai dan Genesis membawa pulang anugerah reka bentuk dari Good Design Awards bagi kategori Transportation (Pengangkutan).

Kia

Dua model baharu Kia tahun ini iaitu K5 sedan dan Sorento anugerah Good Design dengan rekaan elegan dan elemen yang sofistikated.

Hyundai

Pemenang terbanyak bagi tahun ini adalah Hyundai dengan empat anugerah kesemuanya. Dua dianugerahkan kepada model konsep elektrik 45 dan Prophecy, manakala Elantra dan Hi-Charger, iaitu infrastruktur pengecasan EV ultra-pantas, turut dinobat anugerah tahunan itu.

Genesis

Divisyen jenama mewah Hyundai iaitu Genesis pula membawa pulang tiga anugerah Good Design, masing-masing untuk G80, GV80 dan tema ‘Copper Design’ dalam sistem infohibur yang digunakan pada kedua-dua model tersebut.

Previous post

5 Tips Ringkas Penjagaan Tayar Yang Patut Anda Tahu

Next post

36 BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *