Berita Auto

Eksport Proton Naik 10.6% Tahun Ini Walaupun Dengan Masalah Pandemik Covid-19

Proton cukup bangga dengan pencapaian jualan mereka tahun ini dari segi eksport. Pada tahun 2020 sahaja, di sebalik pandemikyang melanda dunia, mereka berjaya mengembangkan perniagaan eksport mereka sebanyak 10.6%.

Sebelum akhir tahun ini, Proton mengesahkan operhttps://www.gohedgostan.com/2020/08/proton-saga-akan-dipasang-di-kenya/asi CKD di Kenya dan Pakistan mereka akan bermula. Mereka juga akan debut Proton X50 buatan Malaysia di Brunei, bersama dengan Proton Saga buatan Malaysia di Bangladesh, Mesir dan Nepal.

Proton sudah memang tidak berapa berjaya dengan bisnes eksport mereka. Mereka ada sedikit harapan pada tahun 90-an dan awal 00-an ketika Proton ke UK dan Australia. Namun, sebahagian besar pekerjaan dasar yang dibuat di pasaran tersebut adalah sia-sia. Proton membelanjakan berjuta-juta untuk Iriz dan Persona untuk lulus penilaian NCAP. Mereka menghabiskan berjuta-juta lagi untuk enjin yang mematuhi Euro 6c (yang tidak menjadi).

CKD X70 dilancarkan di Brunei awal tahun ini

Dengan Geely, Proton telah memberikan komitmen kepada rancangan 10 tahun mereka yang melibatkan pengembangan kehadirannya di peringkat antarabangsa. Inilah siaran media mereka dengan lebih maklumat.

KENYATAAN MEDIA

PROTON MENYASARKAN PENAMBAHAN EKSPORT PADA 2021

Pada 2020, PROTON telah berjaya mengatasi haluan industri tempatan dengan menumbuhkan kadar jualan. Pada masa yang sama, aktiviti eksport juga telah dikembangkan. Setakat akhir bulan November, jumlah eksport telah bertambah sebanyak 10.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019 dan pencapaian ini telah dilakukan walaupun terdapat sekatan sedunia disebabkan pandemik coronavirus. Oleh itu, sementara berusaha memenuhi keperluan tempatan memandangkan bulan Disember adalah bulan yang terbaik untuk penjualan kereta, PROTON akan menerokai pasaran antarabangsanya melalui pelancaran produk.

Lima pelancaran bakal berlaku pada minggu-minggu akan datang. Salah satu menandakan kali pertama Proton X50 memasuki pasaran eksport manakala dua lagi menandakan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan kenderaan Proton di pasaran baru.

“Mendahului pasaran tempatan masih salah satu sasaran kami tetapi pada masa yang sama, ia amatlah penting bagi jenama Proton membina namanya di pasaran antarabangsa kerana ia mewakili syarikat dan Malaysia. Objektif ini dinyatakan dengan jelas dalam rancangan 10-tahun kami yang telah dibentuk pada permulaan kerjasama strategik dengan Geely,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON Holdings Berhad.

“Tahun ini, rancangan eksport kami telah terjejas oleh pandemik COVID-19 kerana setiap Negara mempunyai cara tersendiri untuk membasmi masalah itu. Namun begitu, usaha pekerja kami serta sokongan dari pelbagai agensi kerajaan telah membantu kami kembali ke haluan yang betul. Oleh itu, dalam jangka masa beberapa minggu ini, kami akan mengumumkan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan di Kenya dan Pakistan serta jualan Proton X50 di Brunei,” tambahnya lagi.

Selain daripada Negara-negara yang telah diumumkan, Bangladesh dan Mesir juga akan mengadakan pelancaran Proton Saga secara dalam talian pada bulan ini. Ini akan diikuti oleh satu lagi pelancaran di Nepal sebelum tahun berakhir.

Sebanyak 405,267 unit kenderaan berjenama Proton telah dieksport ke seluruh dunia semenjak akitiviti itu bermula pada tahun 1989 dengan Proton Saga. Pada akhir bulan November 2020, jumlah kenderaan yang telah di eksport ke Negara lain telah melebihi jumlah dari tahun sebelumnya.

Tags: BruneieksportKenyaProtonProton KenyaProton X50

Previous post

Kia Stonic GT-Line Dikemas Kini Untuk 2020

Next post

Teaser Mitsubishi Outlander Generasi Seterusnya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *