Berita Auto

BMW Engage Kini Ditawarkan Untuk BMW Premium Selection

BMW Financial Services Malaysia hari ini mengumumkan perlanjutan BMW Engage untuk turut mencakupi platform digital BMW Premium Selection yang dilancarkan baru-baru ini.

Menerusi BMW Engage, pelanggan dapat memanfaatkan proses prakelulusan bagi pembiayaan yang dimohon untuk kenderaan BMW Premium Selection. Selain itu, ia turut menawarkan perkhidmatan pengiraan ansuran bulanan, pemberian sebut harga, penghantaran permohonan serta pemerolehan prakelulusan.

Tobias Eismann, Pengarah Urusan BMW Group Financial Services Malaysia berkata, “Dalam era normal baharu ini, kami berbangga kerana dapat meluaskan khidmat BMW Engage untuk mencakupi segmen kenderaan pramilik yang ditawarkan menerusi portfolio BMW Premium Selection.”

BMW Engage ialah platform permohonan pembiayaan digital yang membolehkan pelanggan menyesuaikan pembiayaan kenderaan BMW mereka mengikut pilihan masing-masing, dan untuk memohon prakelulusan pembiayaan melalui proses tanpa sentuh dari rumah mereka.

Sehingga 31 Disember 2020, BMW Group Financial Services Malaysia akan menyumbang RM100 kepada program subsidi BMW Safety 360° bagi pihak pelanggan mereka untuk setiap kontrak yang dibiayai melalui BMW Engage. Sumbangan ini dapat membantu para keluarga B40 di Malaysia menyediakan solusi keselamatan yang terbaik bagi anak-anak mereka ketika menggunakan jalan raya.

Model-model BMW Premium Selection yang ditawarkan boleh ditemui di https://www.bmwpremiumselection.com.my/. Untuk mengakses platform BMW Engage, sila layari www.bmwfs.my.

Previous post

Volvo Car Malaysia Lanjutkan Waranti Bateri Hibrid Untuk Semua Model PHEV

Next post

Hanya Bayar RM99 Untuk Pra-Tempah Kereta Honda Dalam Talian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *