Berita Auto

BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition Dilancarkan

BMW Malaysia hari ini melancarkan BMW 530i M Sport Dark Shadow Edition yang hadir dengan tema serba hitam. Terhad kepada 36 unit sahaja, model ini dijual pada harga RM392,800, bersamaan tambahan sebanyak RM10,000 berbanding 530i M Sport biasa.

Model edisi terhad ini ditawarkan dalam satu warna sahaja iaitu Carbon Black. Ia dipadankan dengan pakej Shadow Line, kemasan hitam berkilat pada gril serta rim M Performance ‘Double-spoke’ 669 M Orbitgrey berukuran 20 inci.

Menurut BMW Malaysia, pakej Shadow Line serta set roda M Performance itu bernilai lebih daripada RM37,000.

Untuk ruang dalaman, 530i M Sport Dark Shadow Edition menampilkan material kulit Black Dakota yang dipadankan dengan sulaman berwarna biru, atau material kulit Cognac Dakota dengan sulaman berkontras.

Mereka yang berminat boleh membuat tempahan secara dalam talian menerusi BMW Shop Online mulai 4 Januari 2021 dengan bayaran RM1,000. Dengan Balloon Financing Plan yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, model ini boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM4,488 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

Ingin lihat model ini dengan lebih dekat? Kunjungi pengedar-pengedar terpilih pada tarikh berikut:

Pusat PengedaranTarikh
Auto Bavaria, Ara Damansara1 – 7 Januari
Wheelcorp Premium, Setia Alam8 – 14 Januari
Quill Automobiles, PJ15 – 21 Januari
Ingress Auto, Jalan Damansara22 – 28 Januari
Auto Bavaria, Kuala Lumpur29 Januari – 4 Februari
Ingress Auto, Puchong5 – 11 Februari
Auto Bavaria, Sungai Besi12 – 18 Februari

Previous post

Volkswagen Group Mempersembahkan Prototaip Robot Pengecasan Bergerak

Next post

Robot Pengecas Mudah Alih Volkswagen Mudahkan Pengguna EV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *