Berita Auto

Teaser Civic Generasi Seterusnya Melalui Platform Twitch

Honda Civic generasi ke-10 adalah salah satu sedan paling berjaya dalam segmennya, tetapi ia dari tahun 2016. Masanya sudah tiba untuk penggantinya, Civic generasi ke-11 untuk tampil. Kami sudah melihat bentuk sedan baharu dan hatchback Civic melalui dokumen paten mereka yang bocor. Dan sekarang Honda mengatakan sudah tiba masanya untuk mempamerkan kereta tersebut dengan teaser prototaip mereka.

Di laman twitter, Honda berkongsi bahawa mereka akan membuat debut prototaip Civic generasi ke-11 di platform Twitch pada 18 November 9 malam waktu Malaysia.

Sesuatu yang mendebarkan akan datang! https://t.co/VCZOOUhPtmpic.twitter.com/LWZQVHuyjI— Honda (@Honda) November 12, 2020

Berdasarkan video teaser yang mereka kongsi di Twitter, gambar paten adalah tepat. Lihatlah sendiri.

Dari apa yang dapat kami lihat, ianya sedikit konservatif berbanding model yang keluar.

Lampu siang LED depan sama dengan yang kita lihat dalam gambar paten seperti mana hud clamshell juga. Berbanding dengan Civic generasi ke-10, ia pasti kelihatan lebih matang dengan lampu depan yang lebih panjang dan reka bentuk bumper rumit.

Ini mungkin kerana Honda mahu naik upmarket mengejar Mazda3 yang baharu. Melihat kepada kejayaan Civic semasa, mungkin pelanggan Honda mahukan produk yang kelihatan matang. Kami yakin Honda telah membuat kajian mengenai trend pasaran di segmen ini. Hanya masa yang dapat menentukannya.

Mungkin satu-satunya kejutan di sini ialah Honda menggunakan Twitch untuk menyiarkan pelancaran Civic baharu mereka. Twitch adalah platform streaming video milik Amazon yang cenderung ke arah gaming video dan juga kandungan gaming bukan video. Ini seolah-olah Honda of America mahu menarik perhatian pasaran belia. Walau apa pun, mereka masih boleh menyiarkannya di Youtube secara serentak atau memuat naik rakaman di sana kemudian, seperti mana yang dilakukan kebanyakan syarikat kereta yang lain.

Previous post

BMW Vision iNEXT Hidup Sebagai iX

Next post

Pelajaran Sejarah Mercedes-Benz Black Series

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *