Anugerah / VOTY / Pameran Motor

Anugerah Pengedar Paling Berprestij Ford Direct Markets

Bagi Menghargai Kepimpinan dan Usaha Mengekalkan Kesetiaan dan Kepuasan Pelanggan 

Anugerah Chairman’s Award Ford, sebuah program tahunan yang dilancarkan pada 2016 secara serantau bagi menghargai pengedar-pengedar cemerlang dalam aspek Kepuasan Pelanggan, baru-baru ini mengumumkan pemenangnya untuk tahun 2019.

Anugerah Chairman’s Award ini memastikan semua Pandangan  Pelanggan untuk Jualan dan Perkhidmatan (CVP)  menjadi kepentingan utama, dan juga kriteria terpenting dalam pemilihan pemenang tahunan, Jualan Kenderaan Baharu, Jualan Pembelian Alat Ganti dan  Laporan Kewangan Standard Ford turut memainkan peranan penting dalam mengenal pasti kerja keras pengedar-pengedar dalam menaikkan jenama Ford.

Ini merupakan kali kedua Ford menggandingkan Anugerah Chairman’s Award bersama Anugerah Presiden, Anugerah khusus kepada pengurus-pengurus di Timur Tengah, Amerika Utara dan Sub-Sahara Afrika. Anugerah ini diberikan kepada beberapa Pengarah dan juga Pengurus cemerlang untuk beberapa kategori iaitu Jualan Terbaik CVP, Perkhidmatan Terbaik CVP dan Jualan Alat Ganti Terbaik.

Kesuluruhannya Direct markets Ford mengumumkan 14 pemenang, dari Angola, Mesir, Kuwait, Malaysia, Mongolia, Maghribi, New Caledonia, Oman, Papua New Guinea, Qatar, Arab Saudi, Seychelles, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Samoa Barat. Walaupun sebanyak 18 anugerah dipertandingkan dan enam pemenang Anugerah Chairman’s Award yang menjadi rebutan, Al Tayer Motors daripada UAE, Oceanic Motors daripada Seychelles, dan Sime Darby Auto ConneXion daripada Malaysia mendapat markah tertinggi untuk kedua-dua kategori berprestij itu serta mendapat sekurang-kurangnya satu trofi setiap satu. SCAMA di Maghribi terus melakar sejarah kecemerlangan khidmat pelanggan dengan memenangi Anugerah Chairman’s Award untuk kali ke-sembilan.

Program Anugerah Chairman’s Award ini merupakan cara Ford menghargai usaha berterusan para pengedarnya dalam memastikan para pelanggan Ford kekal setia dan berpuashati. Komitmen dan sumbangan cemerlang para pengedar terhadap jenama Ford merupakan kepentingan paling utama disamping Ford bersama-sama rakan kongsinya berhasrat untuk menjadi syarikat yang paling dipercayai di dunia.

Previous post

Nikmati Diskaun Sehingga 90 Peratus Untuk Alat Ganti Renault

Next post

Ferrari Roma Menang Anugerah Reka Bentuk Kereta 2020

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *