Berita Auto

Hot Wheels Legends Tour Malaysia Akan Distrim Secara Langsung Khamis Ini

Pemenang Hot Wheels Legends Tour Malaysia akan diumumkan menerusi penstriman langsung di laman Facebook Hot Wheels pada Khamis ini (12 November) pada jam 10.30 pagi.

Acara penstriman langsung ini akan dihoskan oleh Art of Speed Malaysia. Malaysia merupakan negara pertama di Asia yang terpilih untuk menjadi hos acara tersebut. Kini dalam tahun ketiganya, Hot Wheels Legends Tour merupakan pencarian global kereta kustom buatan peminat yang seterusnya dijadikan mainan die-cast Hot Wheels.

Acara tahun ini, yang akan dilangsungkan secara digital akibat pandemik yang melanda, bermula pada 25 September hingga 15 Oktober. Malaysia menyaksikan sebanyak 67 penyertaan dan daripada jumlah tersebut, para juri telah memilih 12 finalis yang akan dipersembahkan semasa penstriman langsung ini.

Pemenang akan menyertai semua finalis Tour Legends yang lain di Virtual Global Finale di Los Angeles pada bulan November untuk merebut peluang bagi mengabadikan kereta mereka sebagai kenderaan die-cast Hot Wheels yang ikonik.

Sama seperti semua lokasi Legends Tour, para juri akan mengambil kira kreativiti, keaslian dan semangat garasi ketika memilih finalis dan pemenang.

Previous post

Bentley Akan Berhenti Menjual Kereta Petrol Sama Sekali Dalam 10 Tahun

Next post

Hyundai Dan Kia Kini Sudah Menyertai Rangkaian Pengisian IONITY Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *