Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Mitsubishi Triton Adventure X Kini Dalam Warna Sun Flare Orange Pearl

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menjadikan barisan Triton Adventure X lebih menarik dengan penawaran warna baharu Sun Flare Orange Pearl yang dihiasi jalur perak pada bahagian sisi. Sebelum ini, model itu ditawarkan dalam warna Jet Black Mica dan White Diamond sahaja.

Triton Adventure X dikuasakan oleh enjin turbodiesel MIVEC 2.4-liter yang menghasilkan 181 PS dan 430 Nm, dengan padanan transmisi automatik enam kelajuan. Ia dilengkapi dengan sistem Super Select 4WD II dengan mod Off-Road, serta ciri Hill Descent Control.

Selain itu, ia juga didatangkan standard dengan perakam video pemanduan (DVR), upholsteri kulit serta skrin sentuh berukuran tujuh inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri keselamatan pula terdiri daripada:

  • Forward Collision Mitigation (FCM)
  • Blind Spot Warning with Lane Change Assist (BSW with LCA)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Tujuh beg udara SRS

Triton Adventure X merupakan varian tertinggi dalam barisan Triton di Malaysia. Ia dijual pada harga RM137,900 (harga atas jalan tidak termasuk insurans) dan didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 200,000 km.

Pada masa yang sama, MMM turut mengumumkan bahawa pegangan pasaran Triton meningkat dari 15.2% (April hingga Oktober 2019) kepada 20% (April hingga Oktober 2020). Tahun kewangan 2020 MMM adalah dari April 2020 hingga Mac 2021.

Previous post

Hyundai Elantra N Mungkin Hadir Dengan 275 hp

Next post

Mercedes-AMG GLC 43 Coupe Tiba Di Malaysia - RM498,722

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *