Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Mansang Logistic Sarawak Pertama Terima Trak Generation XT & Sokongan Kewangan Scania

Mansang Logistics Sdn Bhd telah memecahkan rekod dengan menjadi syarikat pertama dalam beberapa kategori setelah menerima Scania ‘New Truck Generation’ P250B4X2NZ XT jenis ‘rigid’ bersama kontena penyejuk di cawangan baharu Jualan dan Servis Scania Malaysia, Kuching. Trak ini merupakan Scania ‘New Truck Generation’ yang pertama, XT yang pertama dan jenis ‘rigid’ yang pertama, di Sarawak.

Penyerahan kunci telah dilaksanakan oleh wakil Scania Asia Tenggara, Phang Yee Fong, ‘Regional Manager for East Coast & East Malaysia’, kepada Henry Tiong, Pengarah Mansang Logistics.

Scania ‘New Truck Generation’ XT yang lebih besar dan andal akan mengukuhkan posisi Mansang Logistics sebagai pengangkut utama menghantar barangan dan bekalan ke 140 lokasi yang sukar dijangkau termasuk Kapit, Belaga, Marudi dan Long Lama di Sarawak setiap hari. Dapat dilihat di sini Encik Henry Tiong, Pengarah Mansang Logistics menunjukkan bahagian dalaman kontena penyejuk kepada kakitangannya.

Scania ‘New Truck Generation’ XT dibina khas untuk ketahanan terhadap persekitaran yang mencabar, menjamin ‘uptime’ dan meningkatkan produktiviti, dengan bahagian dalaman serta luaran yang lebih kukuh dan teguh. Trak ini juga dilengkapi dengan bampar keluli, perisai pelindungan dan peranti penarik untuk mengatasi semua rintangan dengan ‘uptime’ yang maksimum.

Semua Scania ‘New Truck Generation’ direkabentuk untuk memberikan pemilik trak kecekapan bahan api dan pengurangan pelepasan karbon dioksida kerana ianya dilengkapi dengan ‘powertrain’ yang maju serta aerodinamik untuk memberikan ekonomi bahan bakar sebanyak 3%.

Kabinnya sangat istimewa. Mempunyai kerusi boleh laras rapat dengan pintu, papan pemuka ergonomik dan cermin depan diperluaskan untuk memudahkan pemandu beroperasi dalam persekitaran yang selesa dan selamat. Di sini kelihatan Taro Anak Epo, pemandu trak Mansang duduk dengan selesa di dalam Scania XT.

Kabinnya mempunyai kerusi boleh laras rapat dengan pintu, papan pemuka ergonomik dan cermin depan diperluaskan untuk memudahkan pemandu beroperasi dalam persekitaran yang selesa dan selamat.

Mansang Logistics juga telah menandatangani kontrak ‘Inclusive Repair dan Maintenance’ (R&M) untuk memudahkan operasi mereka. Mansang Logistics juga mendapat faedah dengan kos yang diramal atas keseluruhan kitaran hidup Scania XT daripada penyelesaian pembiayaan fleksibel yang disediakan melalui Scania Credit Malaysia.

Previous post

Ducati Scrambler Nightshift Sertai Barisan 2021

Next post

Kenderaan Autonomi Tahap 3 Honda Diluluskan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *