Trak Pikap, Van, MPV, Bas & Lori

Usaha Mansang Logistic Mengurangkan Jejak Karbon Dengan Scania Ecolution

Mansang Logistics telah menjadi operator trak yang pertama di Sarawak untuk menandatangani perjanjian Scania Ecolution.

Pengarah Urusan Mansang Logistics, Alex Lai Sian Ann memahami impak dan tanggungjawab syarikat beliau ke atas alam sekitar terutama sekali apabila teras perniagaan mereka bertumpu pada pengangkutan jarak jauh. Memandangkan kebanyakan pengangkutan yang digunakan syarikat beliau akan bergerak beribu-ribu kilometer ke kawasan luar bandar setiap hari, maka tidak menghairankan apabila mereka ingin menandatangani perjanjian Scania Ecolution sebagai langkah mengurangkan penggunaan bahan api dan secara langsung dapat mengurangkan jejak karbon mereka juga.

Scania Ecolution adalah perjanjian tentang cara kerja yang dihasilkan khas di antara Scania dan para pelanggan. Fokus utama cara kerja ini adalah untuk mengurangkan penggunaan bahan api yang mana dapat mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke udara selain dapat mengurangkan kos operasi dan secara langsung meningkatkan keuntungan serta memenuhi permintaan inisiatif mesra alam yang semakin meningkat.


Mansang Logistics menjadi operator trak pertama di Sarawak untuk menandatangani Scania Ecolution hari ini. Perjanjian tersebut dimeterai antara wakil Scania Asia Tenggara, Phang Yee Fong (kanan), Pengurus Kawasan Pantai Timur dan Timur Malaysia dan wakil dari Mansang Logistics Sdn Bhd, Lim Kee San (kiri), Ketua Pengurusan Pelanggan.

Semenjak beberapa tahun yang lepas, Scania telah berjaya mengurangkan pembebasan karbon dioksida ke udara bagi semua operasi mereka termasuk pengangkutan dan logistik. Scania juga telah berkerja keras untuk mengurangkan pembebasan bahan kimia bahaya daripada produk mereka melalui langkah-langkah kecekapan bahan api. Semenjak lebih dari 25 tahun, Scania telah menawarkan pilihan produk bahan api alternatif terbesar dalam industri. Pada September 2019, Scania telah mengumumkan penetapan Sasaran Berasaskan Sains atau ‘Science Based Targets’ (SBTi). Kelulusan sasaran ini merupakan satu lagi kejayaan Scania ke arah matlamat menyediakan pengangkutan yang menggunakan bahan api bebas-fosil.


Wakil Scania Asia Tenggara, Phang Yee Fong (kedua dari kanan), Pengurus Kawasan Pantai Timur dan Timur Malaysia dan Alex Lai San Ann (kedua dari kiri), Pengarah Urusan Mansang Logistics mendedahkan pelekat Ecolution di pintu Scania New Truck Generation XT. Mansang Logistics merupakan pengendali trak yang pertama di Sarawak yang menjadi rakan kongsi Scania Ecolution.

Ditubuhkan pada tahun 2010, Alex Lai yang dibantu oleh Henry Tiong telah mengasaskan perniagaan perkhidmatan ‘milk run’ di bawah syarikat P.M.S. Enterprise. Perniagaan utama adalah penghantaran barangan setiap hari dari bandar-bandar utama ke kawasan pedalaman seperti Belaga, Bakun dan Sungai Asap dengan menggunakan pelbagai jenis pengangkutan seperti trak pacuan empat roda dan bot. Pada tahun 2015, Alex Lai yang mempunyai pengalaman lebih sedekad dalam sektor penyelenggaraan dan fabrikasi memutuskan untuk mengembangkan dan telah menubuhkan Mansang Logistics Sdn Bhd dan tugas pertama beliau adalah untuk memastikan syarikat baharu ini dapat menyelaras penghantaran ke tujuh daerah di Sarawak yang terletak dari utara hingga ke selatan. Sewaktu di awal operasinya Alex menggunakan trak pacuan empat roda untuk penghantaran. Alex yang memimpin sebagai Pengarah Urusan Mansang Logistics memberi fokus utama beliau pada sudut operasi manakala isteri beliau, Lim Kee San pula memberi fokus kepada pengurusan pelanggan. Dengan sokongan jitu daripada ahli keluarga dan rakan-rakan, mereka berjaya melaksanakan penghantaran harian melalui kawasan pendalaman Sarawak.

Scania ’New Truck Generation’ XT milik Mansang yang kelihatan dalam gambar ini merupakan salah satu trak yang bekerja secara Ecolution

Previous post

Mengisi Minyak Kereta Anda Dengan Norma Baharu

Next post

Audi SQ2 Terima Facelift

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *