Berita Auto

JPJ Kumpul Lebih RM7.2 Juta Hasil Bidaan Nombor Plat PPP

Pemilik kenderaan di Malaysia memang gemarkan nombor pendaftaran dengan huruf yang berulang. Baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan untuk siri PPP dan jumlah bidaan yang berjaya dikumpul dalam masa lima hari adalah RM7,257,785, iaitu RM3.7 juta lebih tinggi berbanding siri SYG sebelum ini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ Zamakshari Hanipah, bidaan untuk siri nombor itu dibuka pada 5 November menerusi sistem JPJ eBid. Bidaan paling tinggi yang diterima adalah RM260,000 untuk nombor pendaftaran PPP 1.

Sementara itu, bidaan kedua tertinggi bernilai RM160,000 untuk PPP 6 manakala PPP 9 dibida pada harga RM140,000, menjadikannya nombor ketiga paling mahala dalam siri tersebut. Nombor-nombor lain yang turut mendapat perhatian adalah PPP 7 (RM120,000), PPP 888 (RM110,000) dan PPP 999 (RM106,000).

Dari segi populariti, PPP 8999 menyaksikan jumlah pembida paling tinggi iaitu seramai 33 orang, manakala PPP 999 pula mempunyai 28 pembida.

Secara keseluruhan, terdapat 4,917 pembida untuk siri PPP, bermakna masih ada sebanyak 5,082 nombor yang masih boleh dibida. Nombor-nombor yang masih belum didaftarkan ini akan dibuka kepada orang ramai dengan harga minimum RM20,000 untuk ‘Golden Numbers’, RM3,000 untuk nombor menarik dua digit, RM2,500 untuk nombor menarik tiga digit, RM2,000 untuk nombor menarik empat digit, RM500 untuk nombor popular dan RM300 untuk nombor semasa.

Mereka yang berminat dinasihatkan untuk menghubungi pejabat JPJ negeri atau cawangan. Orang ramai perlu mendapatkan ID mySIKAP untuk mendapatkan senarai nombor yang belum didaftarkan. Nombor-nombor ini boleh dibeli secara dalam talian menerusi sistem JPJ eBid.

Diperkenalkan pada tahun lalu, sistem bidaan dalam talian ini menawarkan ketelusan dari pendaftaran sehingga pembayaran dibuat. Antara kelebihan yang lain adalah pembida boleh melihat ranking secara masa nyata dan tiada unsur campur tangan manusia dalam proses bidaan.

Previous post

Land Rover Discovery Dapat Facelift Untuk Tahun 2021

Next post

Anamika Talwar Dilantik Pengarah Urusan Mercedes-Benz Services Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *