Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Honda e Menang Anugerah Kereta Tahunan Jerman 2021

Honda mencatat sejarah apabila model kereta elektrik mereka iaitu Honda e telah dinobat sebagai Kereta Tahunan Jerman 2021 (German Car of the Year 2021), menjadikannya kereta jenama Jepun pertama yang memenangi anugerah berprestij itu. Bukan itu sahaja, kereta tersebut juga telah memenangi kategori ‘New Energy’.

Anugerah Kereta Tahunan Jerman ditentukan oleh panel juri yang terdiri daripada wartawan automotif Jerman. Panel juri akan menguji kereta-kereta terbaru dan menentukan kedudukan mereka berdasarkan aspek kebolehgunaan, karakteristik pemanduan, kesesuaian pasaran dan tahap inovasi.

Pemenang dari lima kategori – Compact, Premium, Luxury, New Energy dan Performance – kemudiannya akan dinilai bagi menentukan pemenang keseluruhan.

Ini merupakan penghargaan terkini yang diterima oleh Honda e sejak pelancarannya pada tahun ini, termasuk anugerah Red Dot Design. Di UK, kereta elektrik kecil ini dipilih sebagai sebagai ‘Britain’s Best Car’ dalam kategori ‘Best Car Tech’ manakala di Jerman, ia turut menerima anugerah EuroCarBody 2020 dari Automotive Circle.

Honda e merupakan model yang penting dalam komitmen Honda untuk mengelektrifikasi 100% model pasaran Eropahnya menjelang 2022. Ia menampilkan rekaan yang moden yang digabungkan dengan teknologi dan ciri ketersambungan yang canggih.

Previous post

Lexus LC 500 Sekarang Convertible

Next post

Mercedes-AMG GT Black Series Pecah Rekod Nurburgring

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *