Berita Auto

Honda CR-V Facelift Dilancarkan di Malaysia

Honda Malaysia hari ini melancarkan Honda CR-V versi facelift. Menurut syarikat itu, sebanyak 600 tempahan telah diterima untuk model itu dalam tempoh sebulan.

Tiga varian CR-V ditawarkan iaitu 1.5 TC-P 4WD, 1.5 TC-P 2WD dan 2.0 2WD. Harga selepas pengecualian cukai jualan bermula dari RM162,910 untuk varian 1.5 TC-P 4WD, RM157,615 untuk 1.5 TC-P 2WD dan RM139,912 untuk 2.0 2WD.

Rekaan versi facelift ini tidak banyak berubah, kecuali ia mempunyai gril baharu berwarna hitam dan kemasan krom pada bahagian bampar. Bahagian belakang pula menampilkan kemasan krom gelap dan penyudah ‘smoked’ pada lampu. Turut disertakan adalah rim dua-tona berukuran 18 inci.

Terdapat lima pilihan warna untuk dipilih iaitu Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Olive Metallic dan Platinum White Pearl.

Dari segi kelengkapan, CR-V kini hadir dengan tailgate berkuasa dengan ciri bebas tangan serta ciri Remote Engine Start yang membolehkan pemandu menghidupkan enjin dengan hanya menekan butang pada kunci. Bukan itu sahaja, pemandu juga boleh menghidupkan sistem pendingin hawa dan melipat cermin sisi dengan cara yang sama.

CR-V juga dilengkapi dengan sistem Honda Sensing yang merangkumi lapan ciri iaitu:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low-Speed Follow (LSF)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Auto High-Beam (AHB)

Satu lagi ciri keselamatan baharu ialah Rear Seat Belt Reminder yang berfungsi untuk memberitahu pemandu apabila penumpang belakang tidak memakai tali pinggang keledar.

Ciri-ciri keselamatan lain yang disertakan secara standard termasuk Honda LaneWatch, enam beg udara Vehicle Stability Assist (VSA) dengan Agile Handling Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Brake Assist (BA), Auto Brake Hold (ABH), Walk Away Auto Lock dan Driver Attention Monitor.

Seperti sebelum ini, enjin 1.5-liter VTEC Turbo menghasilkan 193 PS dan 243 Nm manakala enjin 2.0-liter i-VTEC kekal dengan 154 PS dan 189 Nm.

Previous post

Nissan Perkenal Navara 'Facelift' Baharu

Next post

Yamaha MT-07 Tampil Dengan Reka Bentuk Lebih Garang, Enjin Euro 5

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *