Cerita Auto

Harga Mazda CX-9 Skyactiv-G 2.5 Turbo Dikatakan Untuk Menguja Anda

Buat masa ini, SUV mewah inilah yang mempunyai nilai terbaik di pasaran.

Mencari SUV 7-Tempat Duduk mewah yang berharga patut? Ini satu peringatan bahawa Mazda CX-9 masih merupakan SUV premium bernilai tinggi yang mungkin sudah dilupakan.

Hari ini, Mazda di Malaysia memberikan jaminan 6 tahun atau 120,000 dan juga penyelenggaraan perkhidmatan percuma yang tidak dapat ditandingi oleh pengeluar SUV lain. Ini bermakna 6 tahun pemilikan bebas masalah.

Nilai

Tambahan lagi, Mazda kini menawarkan rebat RM33,000 untuk CX-9 (sementara stok masih ada dan hanya di peniaga terpilih) ini. Ini bermaksud harga jualan SUV import premium ini jatuh setanding dengan SUV / Crossover 5 tempat duduk asas Eropah.

Enjin

Mazda CX-9 Skyactiv-G 2.5 Turbo menampilkan enjin turbo Dynamic Pressure pertama di dunia dengan manifold ekzos 4-3-1 yang memberikan tork linier sertamert yang lancar. Sistem penyejukan Exhaust Gas Recirculation (EGT) mengurangkan suhu pembakaran, memberikan peningkatan kecekapan dan ekonomi bahan bakar. Kuasa maksimum dinilai pada 17kW / 5000 rpm sementara tork maksimum adalah 420Nm / 2000rpm yang luar biasa.

Pengendalian

Skyactiv-Drive merangkumi i-Active AWD untuk keyakinan memandu di mana saja dan bila-bila masa. Skyactiv-Technology, penerapan teknologi kawalan pergerakan kenderaan SkyActiv-Vehicle Dynamics Mazda, yang merangkumi G-Vectoring Control (GVC) yang inovatif dan berkesan. GVC adalah teknologi keselamatan aktif yang berfungsi secara harmoni dengan pemandu. Ia memastikan kenderaan mengawal dinamik pada tahap yang minima, yang tidak mampu dilakukan oleh pemandu sendiri, agar kecekapan pemanduan meningkat dengan ketara. Hasilnya pecutan mengalir lancar dan pembelokan yang luar biasa.

Mazda CX-9 Skyactiv-G front
Mazda CX-9 Skyactiv-G cockpit
Mazda CX-9 Skyactiv-G
Mazda CX-9 Skyactiv-G with GVC

Skyactiv

Skyactiv-Chassis membolehkan struktur yang tegang tetapi ringan dan memungkinkan SUV berprestasi tinggi yang mewah dengan saiz dan perawakan CX-9.

Skyactiv-Body dengan NVH untuk perjalanan yang lebih lancar dan lebih tenang yang dituntut oleh model Mazda dalam kategori ini.

Kabin

Kedua-dua tempat duduk depan telah diperbaiki, dengan perhatian terperinci bagi tempat duduk pemandu supaya menghilangkan keletihan dan meningkatkan kemudahan pemanduan. Tempat duduk barisan ke-3 juga mendapat perhatian dengan peningkatan pengendalian supaya senang diakses oleh kanak-kanak mahu pun dewasa.

Keselamatan

Mazda’s i-ACTIVSENSE adalah istilah yang merangkumi serangkaian teknologi keselamatan canggih yang menggunakan alat pengesan seperti kamera dan radar milliwave. Ini termasuk teknologi aktif dan pasif, serta teknologi Proactive Safety yang menyokong pemanduan selamat dengan membantu pemandu untuk mengenali bahaya yang mungkin berlaku, dan teknologi keselamatan sebelum kecelakaan yang membantu mengelakkan perlanggaran atau mengurangkan keparahannya dalam situasi di mana mereka tidak dapat elakkan.

Ciri keselamatan dinamik i-ACTIVSENSE Mazda merangkumi:

Adaptive LED Headlights (ALH) yang secara individu mengawal sebilangan LED untuk memperluas penglihatan semasa kelajuan rendah, membentuk rasuk tinggi untuk membantu mengelakkan kesilauan pemandu lain dan menaikkan ketinggian sinar pada kelajuan lebuh raya untuk memperluas penglihatan.

Smart City Brake System (SCBS) memantau kenderaan di depan atau belakang untuk mengakses kemungkinan berlakunya perlanggaran. Sekiranya risiko tinggi dikesan, ia akan memberi amaran visual dan audio, dan menyediakan brek untuk tindak balas pantas. Sekiranya pemandu tidak melakukan brek, SCBS brek secara automatik.

Lane Departure Warning System (LDWS) secara automatik memantau petanda lorong di jalan dan memberi amaran kepada pemandu apabila ia meramalkan kenderaan itu akan secara tidak sengaja keluar dari lorongnya.

Lane-Keep Assist System (LAS) sebagai tambahan kepada Sistem Lane Departure Warning dengan melakukan pembetulan kecil stereng untuk kembalikan kenderaan ke lorongnya setelah merasakan kenderaan keluar dari lorong dengan tidak disengajakan.

Blind Spot Monitoring (BSM) membantu mengesan dan memberi amaran jika ada objek di titik buta kiri dan kanan anda dengan mengaktifkan lampu amaran yang dipasang pada cermin pintu di sebelah kenderaan yang berkenaan. Sekiranya anda beri isyarat sebelum membelok, lampu amaran akan berkedip dan isyarat berbunyi.

Rear Cross Traffic Alert (RCTA) akan memberi amaran kepada pemandu apabila mengesan kenderaan yang menghampiri dari kedua-dua bahagian semasa gostan.

Driver Attention Alert (DAA) mengurangkan kemalangan yang disebabkan kelalaian kerana keletihan pemandu. Sistem ini aktif semasa kelajuan melebihi 65km / jam dan mula “menyerap” tabiat pemandu, memerhati input dan pergerakan kenderaan pada peringkat awal sebelum keletihan menjadi faktor.

Anugerah

Mazda CX-9 telah menerima rebiu positif, mendapat banyak penghargaan dan memenangi banyak anugerah, termasuk Finalis Sepuluh Terbaik Car 2016, dan Australia Wheels COTY 2017.

Harga Jualan Rasmi

Mazda CX-9 Skyactiv-G 2.5L Turbo baharu boleh didapati dalam pacuan 2WD dan AWD. Harga jualan untuk 2WD ialah RM 281,449.70 dan AWD RM 297,349.70 (OTR tanpa insuran).

Tersedia dalam 5 pilihan warna selagi stok masih ada kerana ianya agak laku sekarang; Machine Grey, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, dan Jet Black. 

Previous post

Konsep Renault Kiger Dibangunkan Hanya Untuk India

Next post

Lamborghini Huracan STO - Kereta Lumba Untuk Jalan Raya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *