Sukan

Ferrari 488 GT Modificata – Untuk Litar Lumba Sahaja

Ferrari telah memperkenalkan 488 GT Modificata, sebuah jentera yang dibangunkan khas untuk digunakan di litar lumba serta acara-acara Ferrari Club Competizioni GT.

Menurut jenama Prancing Horse itu, ia dibangunkan dengan teknologi dan pengetahuan yang dimiliki oleh Ferrari menerusi pembangunan 488 GT3 dan 488 GTE. Bagaimanapun, tidak seperti kedua-dua model tersebut, 488 GT Modificata tidak terikat dengan mana-mana peraturan teknikal dan sukan permotoran.

Jentera ini mempunyai 700 PS yang dibekalkan oleh enjin twin-turbo V8 yang telah ditala dengan pemetaan berprestasi tinggi. Sementara itu, kotak gear pula digandingkan dengan klac gentian karbon bagi membolehkan ia menampung kuasa dan tork yang tinggi daripada enjin. Ia juga boleh dioperasikan dengan beberapa nisbah berlainan.

Selain aspek enjin dan transmisi, Ferrari turut memberi tumpuan khas terhadap rekaan badan dan aspek aerodinamik, membolehkan model ini menjana ‘downforce’ sehingga 1,000 kg pada kelajuan 230 km/j. Seperti 488 GTE, badan 488 GT Modificata diperbuat sepenuhnya daripada gentian karbon manakala bumbung dan suspensi diperbuat daripada aluminium.

Sementara itu, sistem brek pula dihasilkan menerusi kerjasama dengan Brembo. Ia merangkumi angkup khas dan sistem ABS daripada 488 GT3 Evo 2020. Kelengkapan lain yang disertakan termasuklah sistem V-Box, kamera belakang, tempat duduk penumpang dan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS).

Seperti model-model Ferrari yang lain, bahagian luaran dan dalaman 488 GT Modificata boleh dikustomkan mengikut citarasa pelanggan. Model ini akan dihasilkan dalam bilangan yang terhad dan hanya akan ditawarkan kepada mererka yang pernah menyertai acara Competizioni atau Club Competizioni GT bersama Ferrari.

Pemilik akan dibawa menyertai acara-acara Club Competizioni GT yang akan diadakan di lima litar terkemuka iaitu Virginia International Raceway, Monza, Watkins Glen, Suzuka dan Nürburgring.

Previous post

Kotak Gear IVT Hyundai Lebih Efisien, Responsif Berbanding CVT

Next post

Honda City Hatchback Sudah Dilancarkan Di Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *