Bisnes

EON Kembali Jual Kereta Proton

Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) telah melancarkan logo syarikat yang baharu, menandakan penyertaan Proton sebagai salah satu jenama dibawah naungan mereka.

Ini merupakan penjenamaan semula EON yang ketiga sejak penubuhannya pada 1984 sebagai pengedar eksklusif kereta Proton di Malaysia. Logo baharu ini tampil lebih moden dengan huruf ‘E’ berwarna merah yang terletak di dalam berlian berwarna biru, dan penggunaan font yang lebih moden untuk akronim ‘EON’.

Bersama-sama dengan logo baharu, EON turut mengumumkan permulaan perniagaan pengedaran Proton. EON kini memiliki sembilan pusat pengedar Proton, termasuk empat pusat 4S dan tiga cawangan 3S. Empat cawangan ini berada di wilayah tengah, sementara dua cawangan masing-masing di Johor dan Pulau Pinang.

Berikut adalah senarai pusat pengedar Proton yang telah diambil alih oleh EON:

Kesemua cawangan tersebut dahulunya dimiliki oleh Proton Edar Sdn Bhd dan telah bertapak di kawasan masing-masing untuk tempoh yang lama. Pada ketika Proton kembali kukuh dengan model terbaru serta rangkaian model-model facelift mereka, EON kini berada di landasan yang terbaik untuk mengambil kesempatan dari populariti kereta nasional pada masa ini.

Selain Proton, EON turut mengedarkan dua jenama tersohor Jerman, Audi dan Volkswagen serta jenama kenderaan terkemuka dari Jepun iaitu Mitsubishi. Syarikat itu turut mengendalikan jenama sewa dan pajakan kereta terkenal dunia iaitu Avis di Malaysia.

Previous post

Anda Kini Boleh Beli Alat Ganti Asli Porsche (DLL) Anda Di SpareXHub

Next post

Toyota Yaris Facelift Kini Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *