Motosikal

Ducati Scrambler Nightshift Sertai Barisan 2021

Untuk model tahun 2021, Ducati telah memperkenalkan model Nightshift baharu pada barisan Scrambler 800, manakala Icon dan Desert Sled masing-masing mendapat warna baharu.

Scrambler Nightshift

Secara asasnya, Scrambler Nightshift merupakan gabungan versi Full Throttle dan Cafe Racer, yang mana tidak akan dijual lagi bermula tahun hadapan. Ditawarkan dalam warna Aviator Grey, motosikal ini dilengkapi dengan tempat duduk rata, bar hendal lurus dengan cermin sisi Cafe Racer di bahagian hujungnya, serta pemegang plat nombor ala Full Throttle.

Selain itu, varian baharu ini juga didatangkan dengan lampu isyarat LED pada bahagian hadapan dan belakang, serta rim spoked berukuran 18 inci di hadapan dan 17 inci di belakang yang dibalut tayar Pirelli MT60.

Scrambler Icon & Desert Sled

Scrambler Icon pula menyaksikan penambahan skema warna Ducati Red, yang akan ditawarkan di samping warna kuning 62 Yellow sedia ada. Sementara itu, Scrambler Desert Sled kini boleh didapati dengan livery Sparking Blue dengan perincian biru dan merah, serta rim keemasan.

Seperti sebelum ini, kuasa dibekalkan oleh enjin 803 cc, silinder L berkembar yang menghasilkan 73 hp pada 8,250 rpm dan 66 Nm pada 5,750 rpm. Enjin ini kini diiktiraf piawaian Euro 5.

Selain Scrambler, Ducati turut mengemaskini barisan model XDiavel, selain memperkenalkan Multistrada V4 untuk tahun 2021.

Previous post

Ducati XDiavel 2021 Dapat Versi 'Dark' Dan 'Black Star'

Next post

Mansang Logistic Sarawak Pertama Terima Trak Generation XT & Sokongan Kewangan Scania

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *