Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Multistrada V4 Tampil Dengan Enjin, Teknologi Baharu

Akhirnya, Ducati telah memperkenalkan Ducati Multistrada V4 baharu. Selain model asas V4, motosikal pelbagai guna ini juga ditawarkan dalam versi S dan S Sport, masing-masing dengan tahap kelengkapan yang lebih tinggi.

Ketiga-tiga versi berkongsi enjin yang sama iaitu enjin 1,158 cc V4 Granturismo dengan 170 hp pada 10,500 rpm dan 125 Nm pada 8,750 rpm. Dengan berat hanya 66.7 kg, enjin baharu itu ringan dan kompak, dan mempunyai keluk tork yang linear yang memberikan tindak balas pendikit yang lebih cepat.

Untuk mencapainya, Ducati memberi tumpuan khas terhadap nisbah gear. Gear pertama yang pendek membuatkan pengendalian pada kelajuan rendah dan tunggangan off-road lebih mudah, manakala gear keenam lebih ideal untuk menunggang di lebuh raya.

Menurut Ducati, enjin tersebut adalah yang paling tahan lasak dalam segmennya. Ini kerana minyak hanya perlu ditukar setiap 15,000 km, manakala pelarasan injap perlu dilakukan setiap 60,000 km.

Mengelilingi enjin tersebut adalah rangka monocoque aluminium baharu yang dipadankan dengan subframe tiub keluli dan lengan ayun berkembar aluminium baharu. Sudut capai (rake) 24.5 darjah memberikan pengendalian stereng yang lebih tepat dan cepat apabila memasuki dan keluar dari selekoh.

Berikut adalah spesifikasi bagi ketiga-tiga varian:

Multistrada V4

  • Warna Ducati Red dengan rim hitam
  • Suspensi mekanikal Marzocchi dengan fork dan monoshock boleh laras
  • Tayar Pirelli Scorpion Traill II, 120/70-19 inci di hadapan dan 170/60-17 inci di belakang
  • Sistem Cornering ABS Bosch-Brembo 10.3ME
  • Cakera brek 320 mm di hadapan, angkup radial Brembo M4.32 empat piston
  • Lampu LED dengan DRL
  • Panel instrumen 5 inci TFT
  • Ducati Multimedia System (DMS)
  • Inertial Measurement Unit (IMU) Bosch
  • Power Mode
  • Riding Mode
  • Ducati Wheelie Control (DWC)
  • Ducati Traction Control (DTC) EVO

Multistrada V4 S

  • Dua pilihan warna – Ducati Red dan Aviator Grey
  • Suspensi elektronik semi-aktif Marzocchi Ducati Skyhook Suspension (DSS) Evolution dengan fungsi Auto-Leveling
  • Pilihan rim aloi atau spoked
  • Cakera brek hadapan 330 mm dengan angkup Brembo Stilema empat piston
  • Lampu LED dengan DRL dan Ducati Cornering Lights (DCL)
  • Penghidup enjin bebas tangan (Hands Free Ignition)
  • Panel instrumen TFT 6.5 inci
  • Ducati Connect
  • Ducati Quick Shift (DQS)
  • Cruise Control
  • Vehicle Hold Control (VHC)

Multistrada V4 S Sport

  • Livery sport dengan rim hitam
  • Sistem ekzos titanium dan gentian karbon Akrapovic
  • Mudguard gentian karbon

Antara ciri elektronik yang disertakan termasuk Ducati Traction Control (DTC), Ducati Wheelie Control (DWC), ABS Cornering System, Vehicle Hold Control (VHC), dan teknologi radar baharu dengan ciri Adaptive Cruise Control dan Blind Spot Detection.

Terdapat empat mod tunggangan iaitu:

  • Sport – 170 hp, tetapan suspensi spory (versi S sahaja), DTC dan DWC tahap rendah, ABS peringkat 2
  • Touring – 170 hp, respon pendikit lebih perlahan, tahap sensitiviti DTC dan DWC lebih tinggi, ABS peringkat 3
  • Urban – kuasa dikurangkan kepada 115 hp, DTC dan DWC tahap tinggi, ABS peringkat 3
  • Enduro – khas untuk off-road, 115 hp, tetapan suspensi dan pemetaan DSS off-road, DTC dan DWC rendah, ABS peringkat 1

Multistrada V4 akan memasuki pasaran Eropah bermula bulan ini, dengan harga €18,990 (RM92,997) untuk V4, €21,990 (RM107,668) untuk versi S dan €23,790 (RM116,503) untuk versi S Sport.

Previous post

Motor Elektrik Chevrolet Bolt Dalam Blazer 1977. Ok Atau Tidak?

Next post

Foto Ruang Kabin, Enjin P1800 Cyan Racing Didedahkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *