Berita Auto

Aston Martin Vantage Dark Knight Edition Dilancarkan

Aston Martin Kuala Lumpur telah melancarkan Vantage Dark Knight Edition untuk pasaran Malaysia. Model ini tidak diinspirasikan oleh Batman, walaupun ia mempunyai nama ‘Dark Knight’ dan penampilan yang serba gelap.

Vantage Dark Knight Edition didatangkan dengan Exterior Black Pack yang merangkumi komponen-komponen berikut:

  • Gril depan hitam matte
  • Kemasan tingkap hitam
  • Muncung ekzos hitam
  • Lubang udara sisi hitam matte
  • Cermin sisi hitam berkilat
  • Bumbung hitam berkilat
  • Diffuser dan bilah hitam berkilat
  • Lampu belakang gelap (smoked)

Tema serba hitam ini turut digunakan pada bahagian dalaman menerusi elemen-elemen berikut:

  • Upholsteri kulit Caithness
  • Kemasan Alcantara hitam
  • Trim gentian karbon satin
  • Perincian krom hitam

Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan kelengkapan tambahan seperti:

  • Lencana sayap Aston Martin yang diperbuat daripada gentian karbon
  • Tulisan ‘Aston Martin’ yang diperbuat daripada gentian karbon
  • Sistem brek karbon seramik – 24 kg lebih ringan berbanding cakera besi standard

Vantage Dark Knight Edition dijangka hadir dengan enjin yang sama iaitu enjin 4.0-liter twin-turbo V8 dengan 510 PS pada 6,000 rpm dan 685 Nm dari 2,000 hingga 5,000 rpm. Dengan transmisi automatik lapan kelajuan yang memacu roda belakang, superar ini mampu melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 3.5 saat.

Harga model edisi khas ini tidak dinyatakan namun ia sudah tentu lebih mahal berbanding Vantage standard yang dijual pada harga RM678,000 tidak termasuk duti dan cukai.

Previous post

Perodua Pecah Rekod Jualan Lagi

Next post

Scania Buka Cawangan Jualan Dan Perkhidmatan Baharu Di Kucing

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *