Berita Auto

9,000 Tempahan Untuk Honda City Dalam Tempoh Sebulan

Honda Malaysia mengumumkan bahawa ia telah menerima hampir 9,000 tempahan untuk City generasi kelima.

Daripada tiga varian yang dilancarkan, varian V paling popular di kalangan pelanggan dengan peratusan tempahan tertinggi iaitu 54%. Kawasan Tengah menunjukkan permintaan yang paling memberangsangkan dengan 44% tempahan, diikuti oleh Utara dengan 22% dan Selatan dengan 19%.

Dari segi pilihan warna, Platinum White Pearl dilihat menjadi pilihan 28% pelanggan yang membuat tempahan model itu. Tambah Honda Malaysia lagi, setakat ini, lebih 2,400 unit City telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama, City generasi kelima diterima dengan baik di pasaran dengan tempahan meningkat sebanyak 80% dalam tempoh sebulan selepas ia dilancarkan.

“Ramai pelanggan juga mengambil peluang untuk membeli kereta mereka semasa tempoh pengecualian cukai. Harga City yang menarik di samping ciri-ciri canggih adalah kelebihan yang menyumbangkan kepada jumlah tempahan memberangsangkan yang diterima,” ujar beliau.

Previous post

Subaru Perkenal BRZ Generasi Kedua

Next post

Modenas Elegan 250 Sekarang Dengan ABS Dan Berharga RM15,315

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *