Berita Auto

Youtuber Rusia Bakar Mercedes-AMG GT 63 S Miliknya

Seperti yang kita tahu, pelanggan akan menggunakan pelbagai cara untuk menunjukkan rasa tidak puas hati. Ada yang marah, menengking dan tidak kurang juga ada yang meminta untuk berjumpa dengan pengurus. Namun bagi seorang Youtuber dari Rusia, beliau menggunakan cara yang ekstrem iaitu dengan membakar Mercedes-AMG GT 63 S miliknya yang dikatakan sering mengalami masalah.

Mikhail Litvin dikatakan tidak berpuas hati dengan sebuah pengedar Mercedes-Benz yang didakwa tidak mahu bertanggungjawab ke atas kerosakan yang dialami oleh jentera coupe empat pintu itu.

Menurut laporan, Litvin telah menghantar keretanya ke pusat pengedar tersebut sebanyak lima kali dan setiap kali beliau berbuat demikian, pihak pengedar akan mencari alasan untuk tidak membaiki kenderaannya atau menyimpan keretanya selama beberapa minggu tanpa membuat apa-apa.

Akhirnya, Litvin mengambil keputusan untuk membakar jentera mewah itu di sebuah padang rumput. Seperti seorang bapa yang terpaksa mengorbankan darah dagingnya sendiri, beliau kelihatan tidak rela namun meneruskan juga rancangannya akibat rasa tidak puas hati terhadap ketidakpedulian yang ditunjukkan oleh pengedar Mercedes tersebut.

Ya, memang Litvin yang akan menanggung kerugian namun itulah harga yang perlu dibayar untuk menunjukkan jari tengah kepada syarikat yang hanya tahu mengaut keuntungan tanpa mempedulikan perasaan pelanggan.

‘Upacara’ ini dimuatnaik ke laman Youtube pada 24 Oktober lalu dan setakat ini telah mendapat lebih 8 juta tontonan.

Previous post

Hyundai i20 N Hadir Dengan 204 PS dan Transmisi Manual

Next post

BMW M4 Competition x Kith - 150 Unit Habis Dijual

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *