Berita Auto

Volkswagen Malaysia Mendigitalkan Perkhidmatan Selepas Jualan

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) terus meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan mereka dengan pengenalan dua perkhidmatan baharu iaitu Tempahan Servis Dalam Talian dan Kamera Servis (Service Cam).

Dengan Tempahan Servis Dalam Talian, pelanggan kini boleh membuat tempahan servis menerusi telefon bimbit atau komputer. Prosesnya mudah, pelanggan hanya perlu memilih pengedar, tarikh dan waktu, seterusnya memasukkan butiran kenderaan. Mereka akan dihubungi oleh penasihat Selepas Jualan untuk mengesahkan tempahan tersebut.

Sementara itu, Kamera Servis pula membolehkan pelanggan membuat keputusan tanpa perlu berada di pusat servis. Dengan perkhidmatan ini, penasihat servis akan berkongsi video panduan terperinci kenderaan beserta cadangan penggantian alat ganti, jika diperlukan.

Menurut VPCM, perkhidmatan Kamera Servis hanya tertakluk untuk alat ganti yang tidak termasuk dalam servis berjadual. Pelanggan boleh memilih untuk menerimanya ataupun tidak.

Untuk perkhidmatan ini, pelanggan hanya perlu meninggalkan kenderaan mereka dan sahkan penerimaan kenderaan secara digital. Sebarang kerja pembaikan yang perlu dilakukan akan dimaklumkan kepada pelanggan menerusi pautan video, bersama dengan sebut harga (e-quotation) bagi membantu pelanggan membuat keputusan.

Setelah kenderaan siap diservis, pelanggan boleh membuat pembayaran secara digital sebelum mengambil semula kereta mereka.

Previous post

Rocket 900 - Hasil Tangan Terbaru Brabus

Next post

Honda MSX125 Grom Diperbaharui Untuk Model Tahun 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *