Motosikal / Lain Lain Roda

Vespa Primavera Sean Wotherspoon Tarik Perhatian Ramai

Vespa Primavera Sean Wotherspoon telah dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Model edisi terhad ini kini dibuka untuk tempahan pada harga RM24,960. Untuk melihatnya dengan lebih dekat, anda boleh mengunjungi kedai Crossover di Sunway Pyramid dan Southkey Mall di Johor.

Bagi anda yang tidak mengenali Sean Wotherspoon, beliau merupakan salah seorang pereka kasut yang paling terkenal di dunia. Hasil tangan beliau iaitu Nike Air Max 97/1 pernah menggoncang dunia fesyen jalanan pada 2018.

Sesuai dengan stailnya, Primaversa edisi Sean Wotherspoon menampilkan letusan warna 80an yang terdiri daripada warna kuning, merah, hijau gelap dan aquamarine. Sedikit warna putih, krim trom pada bahagian-bahagian tertentu serta tempat duduk yang dibalut baldu berwarna perang muda melengkapkan imej ‘gila-gila’ skuter ini.

Seperti model Primavera biasa, edisi Sean Wotherspoon dikuasakan oleh enjin i-Get 150 cc, silinder tunggal yang menghasilkan 12.7 hp pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm pada 6,000 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan transmisi jenis CVT.

Selain skuter ini, pereka yang terkenal itu juga mempunyai koleksi kapsul pakaian jalanan yang terdiri daripada dua baju T, hoodie dan seluar. Koleksi eksklusif ini boleh didapati di dua kedai Crossover yang disebutkan tadi.

Previous post

BMW 218i Gran Coupe M Sport Dilancarkan di Malaysia

Next post

ABT RS4-S Membawa Audi RS4 Avant Facelifted Ke Tahap Teratas

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *