Berita Auto

Shell Lubes Lancar Gudang Rasmi di Shopee Mall

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan gedung rasmi baharu di Shopee Mall, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah baik pengalaman beli-belah online untuk pelanggan yang mementingkan ketulenan dan kualiti produk.

Langkah ini membolehkan pelanggan membeli terus daripada Shell selaku pemilik jenama, sekaligus memberi ketenangan jiwa kepada mereka yang bimbang dengan kewujudan banyak produk tiruan dan tidak sah dijual secara dalam talian.

Antara pilihan minyak pelincir premium Shell ditawarkan ialah rangkaian baharu kelikatan rendah 0W iaitu Shell Helix Power, Shell Helix Protect dan Shell Helix ECO. Minyak pelincir ini yang menawarkan penggunaan bahan api lebih ekonomi dan emisi karbon rendah.

Semua minyak pelincir Shell dijual melalui Gedung Rasmi Shell Lubes dijamin 100% tulen dan didatangkan dengan polisi pemulangan percuma selama 15 hari serta penghantaran percuma ke seluruh negara. Selain itu, dengan ciri Jaminan Shopee, bayaran kepada Shell Malaysia hanya akan dibuat selepas pembeli mengesahkan barang yang diterima adalah tulen dan berada dalam keadaan baik.

Gedung dalam talian ini akan menawarkan lebih banyak produk selain minyak pelincir tulen kereta berpenumpang Shell Helix dan minyak enjin motosikal Shell Advance dengan label ‘Untuk Pasaran Malaysia’. Ia juga akan meluaskan tawaran termasuk pelbagai produk runcit seperti barangan Shell serta produk Shell SELECT.

Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew, berkata syarikat berharap kerjasama dengan Shopee akan membolehkan pihaknya meneroka potensi pasaran online dan menghubungkannya dengan rangkaian bengkel luar talian dan stesen peruncitan untuk menawarkan pengalaman premium kepada para pelanggan.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee berkata, “Kami juga akan menyokong pelancaran gedung rasmi Shell dengan sistem integrasi penuh pembayaran dan penyelesaian logistik, medium pemasaran dalam aplikasi, pendedahan melalui kempen seperti Festival Jenama Shopee 10.10 dan banyak lagi untuk menyokong perniagaan dan objektif e-dagang mereka.”

Previous post

Pandangan Awal: Proton X50 - Bakal Jadi 'Raja' SUV Kompak?

Next post

Ford Mustang Mach-E Dapat Sistem Audio B&O Yang Canggih

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *