Motosikal / Lain Lain Roda

Shell Advance Power dan Long Ride Penuhi Setiap Gaya Tunggangan

Shell telah memperluaskan rangkaian minyak enjin motosikal Shell Advance dengan dua produk baharu iaitu Shell Advance Power dan Shell Advance Long Ride.

Ia memudahkan pemilik motosikal untuk memilih minyak enjin tepat yang direka khas bagi setiap gaya pemanduan dan keperluan. Direka khas untuk motosikal 4-lejang, ia juga merupakan rangkaian minyak enjin motosikal sintetik penuh premium paling mampu milik di pasaran Malaysia.

“Di Shell, kami sentiasa menerajui inovasi teknologi minyak enjin. Dengan Shell Advance Power dan Shell Advance Long Ride terbaharu, kami ingin para pemilik motosikal diberi kuasa untuk memilih minyak enjin tepat dengan menyediakan dua pilihan mudah mengikut keperluan mereka,” kata Nyon Kam Yew, Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia dan Singapura.

Shell Advance Power baharu (RRP: RM55 setiap pek 1-liter) direka khas untuk pemilik motosikal yang mahu menikmati kuasa dan pecutan. Ia dicipta untuk memberi kuasa maksimum pada masa yang sama kekalkan kuasa tertinggi motosikal dengan mencegah permulaan proses pengoksidaan dan pembentukan deposit. Hasilnya, motosikal yang menggunakan Shell Advance Power tidak menunjukkan kehilangan kuasa sejauh 20,000km.

Shell Advance Long Ride baharu (RRP: RM50 setiap pek 1-liter) dicipta untuk pemilik motosikal yang inginkan ketenangan dengan memiliki enjin bebas masalah. Sesuai untuk tunggangan di bandar atau perjalanan jarak jauh, ia dirumus dengan formula penyejatan minyak minimum yang dicipta untuk daya ketahanan haba maksimum dan mampu mengurangkan penggunaan minyak untuk tunggangan sehingga 6,000 kilometer.

Kedua-dua produk ini dirumus dengan Teknologi PurePlus Shell, iaitu minyak asas 99.5% tulen yang dihasilkan daripada gas asli. Ia terbukti untuk memberi prestasi permulaan sejuk dan prestasi suhu tinggi yang lebih baik serta menjamin kebersihan piston dengan lebih baik berbanding dengan minyak berasaskan ester.

Previous post

Isuzu MU-X Penuh Dengan Ciri-Ciri Dan Bersedia Untuk Rock

Next post

GoCar Lancar Struktur Langganan Baharu, Stor Rasmi Shopee

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *