Berita Auto

Porsche Cayenne Premium Package Dibuka Untuk Pra-Tempahan

Tak sampai sebulan yang lalu, Porsche Macan Premium Package dilancarkan untuk pasaran Malaysia. Hari ini, pengedar rasmi jenama itu iaitu Sime Darby Auto Performance (SDAP) terus memperkembangkan penawaran mereka dalam segmen SUV dengan Cayenne Premium Package baharu.

Pakej ini merangkumi beberapa ciri baharu yang menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan. Antaranya adalah Porsche Active Suspension Management (PASM), rim RS Spyder berukuran 21 inci, Porsche Dynamic Light System (PDLS), Park Assist with Surround View, sistem audio Bose serta sistem pendingin hawa empat zon.

Bagaimanapun, tiada sebarang penambahbaikan diberikan kepada enjin. Seperti model asas, Cayenne Premium Package dikuasakan oleh enjin turbo 3.0-liter V6 dengan 340 PS dan 450 Nm dari 1,340 hingga 5,300 rpm. Dengan transmisi Tiptronic S lapan kelajuan dan pacuan semua roda, SUV ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.2 saat. Ia juga boleh mencapai kelajuan maksimum 245 km/j.

Model ini dibuka untuk pra-tempahan dengan harga bermula dari RM680,000, termasuk waranti dan penyelenggaraan percuma selama empat tahun. Penghantaran dijangka bermula pada awal tahun hadapan.

“Segmen SUV terus mendapat populariti di Malaysia, dan sebagai kereta paling sporty dalam segmen tersebut, Cayenne disasarkan untuk menawan hati pelanggan yang ingin merasai jenama dan kereta sport kami,” kata Christopher Hunter, Ketua Pegawai Eksekutif SDAP.

Previous post

Toyota Innova Facelift 2021 Telah Dibocorkan Sebelum Dilancarkan

Next post

Jualan Global Volvo Cars Sebenarnya Bertambah Sept '20 Berbanding Sept '19

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *