Motosikal / Lain Lain Roda

Modenas Lancar Minyak Enjin Sintetik Penuh EMOS 7000E

Modenas telah melancarkan minyak enjin 100% sintetik baharu iaitu EMOS 7000E. Ditawarkan dalam kelikatan kelas SAE 10W-50, ia menampilkan campuran bahan aditif premium dan minyak asas yang terdiri daripada polyalphaolefins (PAO) dan Ester berkualiti tinggi yang dikhususkan untuk model “street bike”.

PAO dan Ester adalah bahan yang boleh memberikan prestasi enjin yang konsisten dan melindungi komponen enjin dalam pelbagai keadaan tunggangan. Produk ini melepasi standard antarabangsa API SN dan JASO MA2.

Pelinciran yang betul bukan sahaja mengurangkan penggunaan bahan bakar, tetapi juga meningkatkan kuasa dan ketahanan enjin. EMOS 7000E memberikan perlindungan terhadap suhu tinggi yang lebih baik untuk omboh, kawalan enap cemar kepada injap, silinder yang berkarat dan juga “seal” yang bocor.

Pengenalan minyak 100% sintetik ini adalah sebahagian daripada komitmen Modenas untuk memperluaskan rangkaian perkhidmatan dan produk selepas jualan, di samping memberikan nilai yang berterusan kepada para pelanggannya terutama pada waktu yang mencabar ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS, Roslan Roskan berkata, “Dengan memperkenalkan pelincir 100% sintetik ini, semua penunggang motosikal di luar sana akan dapat menikmati produk premium berkualiti tinggi dengan harga yang sangat berpatutan.”

Tambah beliau, syarikat itu juga merancang untuk memperkenalkan minyak enjin separa sintetik menjelang suku ketiga 2021.

Dijual pada harga RM62 bagi botol 1 liter, EMOS 7000E boleh didapati di semua pusat servis Modenas dan juga di cawangan MODENAS Service Plus Centres seluruh negara.

Previous post

BMW M 135i xDrive Habis Terjual Dalam Satu Bulan

Next post

Apa Itu Tork ... Dan Mengapa Ia Penting Untuk Sesebuah Kereta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *